Pemilik gagal daftar boleh kena tindakan

Berita Harian - - DASAR&PENTADBIRAN -

Langkawi: Pemilik premis penginapan pelancongan boleh dikenakan tindakan jika gagal mendaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum akhir Mac ini.

Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata premis penginapan berkenaan termasuk hotel, resort, rumah tumpangan, asrama dan rumah inapan di seluruh negara.

“Justeru, saya meminta pihak terbabit supaya dapat memanfaatkan pengecualian fi pendaftaran yang berlangsung sehingga Mac ini.

“Jika selepas tarikh yang dinyatakan, tindakan akan diambil,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama peserta industri perhotelan Langkawi di Pantai Chenang di sini, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan kementerian mengecualikan bayaran pendaftaran berjumlah RM70 kepada semua pengusaha premis pelancongan mulai 1 Januari hingga 31 Mac ini.

Justeru, sejumlah 1,700 pengusaha yang belum berdaftar disaran mengambil peluang untuk mendaftar premis mereka sepanjang tempoh berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.