Apung harga minyak jejas nasib B40

Berita Harian - - MUKA SEPULUH -

sama, iaitu harga diapungkan. Di bawah sistem ini, harga bahan api itu diturunkan apabila harga minyak dunia susut dan jika ia naik semula, dipertahankan pada satu tahap yang ditetapkan.

Langkah mempertahankan tahap siling ini membabitkan subsidi kerajaan yang ikut rancangan akan lebih tersasar pada masa depan, iaitu hanya dinikmati golongan B40.

Namun, apa yang kita lihat apabila harga minyak turun, harga umum barangan lain tidak pula ikut turun.

Apabila harga minyak naik kelak, agak pasti peniaga bertindak menaikkan harga dengan alasan minyak adalah komponen utama kos pengeluaran mereka.

Jika fenomena turun naik harga minyak ini berterusan untuk tempoh bertahun-tahun, lambatlaun kita akan menyaksikan harga barangan umum menjangkau pada paras yang mungkin menghimpit semua golongan.

Kenaikan harga barang

Memang benar golongan B40 akan dilindungi harga siling, namun apakah subsidi diberi kelak mencukupi untuk menampung jumlah keseluruhan kenaikan harga barang.

Jadi, jika tidak sistem apungan, apakah sistem lebih baik? Seperti dicadangkan de Bono, kita tidak harus mengikat diri dengan satu solusi, tetapi memikirkan pelbagai kemungkinan lain.

Salah satu kemungkinan solusi ialah menetapkan harga minyak runcit pada satu tempoh yang lama, seperti dilakukan pada zaman pentadbiran pertama Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Sistem harga tetap ini seharusnya ditentukan parasnya oleh saintis aktuari bukan ahli politik atau penasihat kerajaan akan melenyapkan alasan bagi peniaga untuk menaikkan harga barangan sematamata, berdasarkan turun naik harga minyak.

Berikutan itu, harga barangan secara umum akan lebih stabil untuk tempoh panjang.

Betul ia turut membabitkan subsidi, tetapi hanya jika harga minyak naik pada paras ditetapkan.

Jika harga minyak turun di bawah harga tetap, kerajaan akan mencatat lebihan dalam akaunnya, kerana tidak perlu turunkan harga di bawah sistem harga tetap ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.