Niat baik namun solusi tidak lengkap

Berita Harian - - ISU -

Perkara ini berlaku seketika dalam tempoh sebelum harga minyak diturunkan baru-baru ini dan ia mencetuskan tohmahan pembangkang bahawa kerajaan mengaut keuntungan.

Sebenarnya soal itu tidak timbul kerana wang lebihan itu dimasukkan terus ke dalam akaun kerajaan yang kelak digunakan untuk rakyat juga.

Bagaimanapun, bukankah lebih elok wang lebihan itu dimasukkan ke dalam satu dana khas yang diurus dan dikembangkan menerusi pelaburan.

Dengan itu, kerajaan tidak lagi perlu ‘mengorek tabung’ untuk membayar subsidi kerana tanggungjawab itu sudah jatuh kepada dana khas berkenaan.

Menerusi kaedah ini, harga tetap minyak dipertahankan, dana kerajaan tidak terjejas dan harga barangan distabilkan untuk melindungi B40.

Pelajar B40 tolak tawaran akibat tak mampu

Kelonggaran diberi kepada pelajar daripada B40 untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berpotensi menjadi satu game changer atau pengubah nasib bagi golongan itu.

Dalam lebih sedekad lagi, pelajar ini akan muncul sebagai profesional, akademik dan usahawan, sekali gus melonjak mereka dan keluarga keluar daripada cengkaman kemiskinan.

Namun, usaha murni itu tercalar pula dengan berita ada dalam kalangan pelajar daripada keluarga B40 terpaksa menolak tawaran ke MRSM.

Kelonggaran bayar yuran

Alasan mereka ialah keluarga tidak mampu membiaya yuran yang perlu dibayar. Semalam kerajaan mengumumkan kelonggaran bagi pembayaran yuran terbabit.

Apa yang kita tidak faham bagaimana Kementerian dan MARA membuat tawaran sebelum ini tanpa memikir segala aspek keperluan dan kemampuan pelajar daripada keluarga B40.

Pegawai dan penasihat menteri harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini. Mereka harus mengamalkan pemikiran lateral seperti dianjurkan de Bono, menawarkan menteri solusi yang lengkap kepada masalah dihadapi.

Perkara ini tidak seharusnya berulang kerana yang akan dipersalahkan rakyat kelak adalah kerajaan sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.