TIMAH

Berita Harian - - BISNES -

Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) berkemungkinan me minggu ini, selari dengan harga tembaga yang tinggi dan kelemahan dolar AS.

Seorang peniaga berkata, pasaran timah dipengaruhi pasaran tembaga, yang seterusnya, mendapat manfaat daripada dolar AS yang susut.

Harga minyak global, mencapai purata lebih AS$60 satu tong juga membantu meningkatkan sentimen belian untuk komoditi lain.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga PTKL melonjak AS$580 ke pada AS$20,180 satu tan, manakala jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 153 tan daripada 100 tan minggu lalu.

Premium antara PTKL dan Bursa Logam London meningkat kepada AS$35 satu tan daripada AS$30 satu tan Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.