Perkembangan mesyuarat China-as uji ketahanan KLCI

Kebanyakan dagangan meningkat sedikit dipengaruhi faktor luaran

Berita Harian - - PORTFOLIO -

Perdana Menteri China, Liu He, berkemungkinan besar akan melakukan lawatan ke Washington pada 30 dan 31 Januari untuk mengadakan perbincangan perdagangan selanjutnya.

“Berdasarkan niaga hadapan kadar faedah, pasaran menjangkakan tiada kenaikan dalam kadar Dana Persekutuan pada tahun ini. Oleh itu, sekiranya sentimen positif berterusan, FBM KLCI mungkin meningkat ke paras ketahanan 1,700 mata.

“Bagaimanapun, petunjuk tek

seperti sokongan dan paras ketahanan akan berada pada kedudukan terlebih beli. Ini menandakan FBM KLCI masih lemah dalam jangka sederhana,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, FBM KLCI diniagakan kebanyakannya tinggi sedikit, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh faktor luaran seperti pendirian bersabar Rizab Persekutuan AS berhubung kenaikan kadar faedah dan potensi rundingan perdagangan As-china.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, penanda aras asas FBM KLCI naik 13.44 mata kepada 1,683.22.

Indeks FBM Emas menokok 205.01 mata kepada 11,618.03, Indeks FBMT100 meningkat 177.88 mata kepada 11,501.22, FBM 70 melonjak 567.58 mata kepada 13,591.38, Indeks FBM Emas Shariah naik 210.56 mata kepada 11,567.47, dan FBM Ace meningkat 163.67 mata kepada 4,458.10.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 173.84 mata kepada 17,415.63, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.76 mata kepada 164.87, manakala Indeks Perladangan 236.74 mata lebih tinggi pada 7,117.64.

Pada Jumaat ke Jumaat, jumlah dagangan mingguan meningkat hampir sekali ganda kepada 14.17 bilion unit bernilai RM11.30 bilion daripada 7.22 bilion unit bernilai RM4.79 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 10.41 bilion unit bernilai RM10.59 bilion berbanding 5.17 bilion unit bernilai RM4.37 bilion.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.90 bilion unit bernilai RM368.88 juta daripada 1.23 bilion unit bernilai RM282.94 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menyusut kepada 1.85 bilion saham bernilai RM341.04 juta berbanding 719.60 bilion saham bernilai RM127.20 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.