Dua pembantu klinik dituduh pecah amanah

Berita Harian - - ISU -

Kota Bharu: Dua pembantu klinik wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian RM30,838 di sebuah klinik di Kuala Krai, dua tahun lalu.

Nur Azhani Mohamed, 27, dan Nurul Ashiella Mohd Shamsuri, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, Nur Azhani didakwa sebagai kerani atau pembantu klinik yang diamanahkan dengan apa-apa kuasa atas harta iaitu wang kutipan Klinik Dr Azhar bernilai RM13,272 melakukan pecah amanah jenayah bagi kegunaan sendiri.

Nurul Ashiella pula sebagai kerani atau pembantu klinik didakwa melakukan pecah amanah wang berjumlah RM17,566 di klinik sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Klinik Dr Azhar, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Krai antara 1 Mei 2017 hingga 31 Disember 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.