Mahu hebat seperti ibu

Berita Harian - - HIP! -

Sementara itu, Ian Haziq berkata, kepercayaan yang diberikan ibunya membuatkan dia enggan mempersia-siakan peluang yang datang.

Bersyukur kerana minatnya mendapat restu ibu tercinta, Ian Haziq berkata, ia membakar semangatnya untuk membuktikan kemampuan sebenar.

“Memang saya bertuah kerana ibu saya adalah Jasmin Hamid. Tetapi, itu bukan tiket untuk saya mendabik dada kerana dunia seni ini bukan semata-mata untuk glamor atau menjadi terkenal.

“Saya pernah lihat susah payah ibu untuk berada pada tahap sekarang. Semangatnya kental dan jika diberi peluang, saya juga ingin menjadi pelakon serba boleh seperti ibu.

“Saya tahu ramai yang sedang menanti dan mahu melihat sejauh mana saya mampu melangkah.

“Saya anggap itu sebagai cabaran dan jika nanti dilemparkan kata cemuhan, saya perlu kuatkan semangat kerana tiada yang datang mudah dalam hidup ini,” katanya.

Berguru dengan Fauziah Nawi

Menerusi drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Ian Haziq berpeluang bergandingan dengan nama besar seperti Datuk Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Zarul Husin.

“Saya anggap tawaran ini sebagai permulaan yang baik untuk berkongsi bakat. Saya juga berharap, ia menjadi permulaan yang membuka pintu rezeki untuk saya meneroka bidang ini dengan lebih serius,” katanya.

Turut merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang penyiaran atau filem, Ian Haziq berkata, dia bertuah dapat menimba ilmu dengan pelakon hebat seperti Fauziah.

“Saya hargai ruang itu untuk terus mengasah bakat dalam bidang lakonan. Saya berterima kasih kepada ibu yang membuka ruang untuk saya mengenali erti sebenar hidup sebagai anak seni,” katanya. Mula serius Berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang penyiaran filem, namun ingin terlebih dulu mencari pengalaman sebelum memasuki universiti.

Ian Haziq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.