Art Market beli karya seni sambil beramal

Berita Harian - - SASTERA&BUDAYA -

Kuala Lumpur: Pameran menghimpunkan hasil kerja penggiat seni yang sedang meningkat dan orang kurang upaya (OKU) kini berlangsung di Da Men Mall, USJ, sehingga 16 Januari ini.

Pengasas Art Market Malaysia, Hazrita Mohd Hatta, berkata peminat seni bukan sahaja boleh mendapatkan karya, bahkan menyumbang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan.

“Peminat seni juga boleh beramal kerana ada bahagian daripada setiap pembelian yang disalurkan kepada beberapa NGO, termasuk Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

“Art Market juga menyediakan platform kepada karyawan bereksperimen dalam karya seni, asalkan tidak menyentuh sensitiviti agama dan budaya Timur” katanya.

Anjur 10 pameran

Hazrita berkata, 10 pameran dianjurkan Art Market sepanjang lima bulan bermula Januari ini.

Sebagai tarikan kepada pengunjung, Art Market kali ini menampilkan karya Ibnoo Jalil melalui pameran solonya, Gonjeng, yang bermula 6 Januari hingga 16 Januari ini di Da Men Mall.

Dikenali sebagai seniman naif, iaitu antara genre dalam seni visual, Ibnoo akan menampilkan karya berkonsepkan gaya kanakkanak.

Ibnoo bersama karya dipamerkan sehingga 16 Januari di Da Men Mall, Kuala Lumpur. Hazrita Mohd Hatta, Pengasas Art Market Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.