Pendidik kena ‘pandai-pandai’ demi IR 4.0

Berita Harian - - SURAT PEMBACA -

Lirik lagu Gadis Jolobu nyanyian Waris dan Datuk Hattan iaitu peringkat. Ia menuntut pendidik menjadi lebih kreatif dan mempelbagaikan cara penyampaian di sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Dalam mengaitkan situasi ‘pandai-pandai’ ini, saya melihat keperluan boleh dikatakan kritikal untuk pendidik menjadi lebih proaktif serta kritis dalam menggunakan pendekatan berasaskan teknologi bersesuaian.

Aplikasi P&P

Aplikasi berkaitan P&P majoritinya percuma dan mudah didapati bagi kegunaan peranti mudah alih. Ia juga mudah untuk digunakan, sekali gus menuntut pendidik mengambil peluang dan menggunakan material sedia ada ini bagi tujuan P&P.

Tidak dinafikan kadar penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja, yang majoritinya pelajar tidak kira di sekolah atau institusi pendidikan begitu tinggi.

Oleh itu, hampir mustahil untuk menidakkan dan membataskan penggunaan gajet, terutamanya telefon pintar dalam kalangan mereka ketika ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan peranti pintar mudah alih seolah-olah menjadi penyambung hayat kepada penggunanya pada ketika ini. Ia titik pertemuan antara keperluan P&P dan penggunaan peranti pintar yang sangat perlu dimanfaatkan oleh pendidik.

Sedar atau tidak, kadangkala isu seperti ketidaksediaan menggunakan teknologi dan keselesaan menggunakan kaedah lama atau konvensional sedikit sebanyak memberikan cabaran.

Namun saya melihat keperluan penggunaan teknologi ini sebagai keperluan sangat penting untuk warga pendidik, agar kekal relevan dalam menyesuaikan pendekatan P&P dengan cara yang digemari dan disenangi pelajar.

Alasan seperti buta IT (teknologi maklumat) tidak relevan untuk terus digunakan kerana fenomena perubahan dalam landskap pendidikan ini, sesuatu yang tidak dapat dinafikan.

Oleh itu, sebagai seorang pendidik saya menyarankan agar warga pendidik di Malaysia untuk bersedia mendepani cabaran ini dan tidak terus berhenti mempelajari dan menyiapkan diri bagi menguasai platform dan apa juga aplikasi digital dalam P&P.

Ini bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti dalam perkongsian ilmu, malah bagi memastikan mutu pengetahuan terbaik untuk disalurkan kepada pelajar yang kita kasihi.

Betul orang kata jangan memandai-mandai, tetapi kalau betul nak pandai, kenalah pandai-pandai.

Siti Mariam Mohammad

Iliyas,

Pensyarah UITM Johor, Kampus Pasir Gudang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.