Berita Harian

Tawaran promosi Volkswagen sempena Tahun Baru Cina

-

Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan harga promosi untuk model kenderaann­ya.

Menurut VPCM, penjimatan harga bagi model Polo ditawarkan sehingga RM6,000 manakala model Vento dan Comfotline sebanyak RM12,000 dan RM8,000.

Penjimatan bagi model kompak Golf R-line adalah sehingga RM4,000 manakala varian GTI dan R masing-masing pada RM2,000.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatka­n penjimatan sebanyak RM5,000 untuk Tiguan Highline, manakala Passat Comfortlin­e dan Highline ditawarkan sehingga RM20,000 dan RM6,000. Penjimatan model Beetle Sport pula adalah sehingga RM2,000.

Promosi tukar tayar, bateri

VPCM berkata, mereka yang ingin menukar tayar, boleh mendapatka­n tawaran yang bermula serendah RM184 bersama pemasangan, penjajaran dan imbangan secara percuma, bergantung kepada jumlah tayar yang dibeli.

“Untuk memberi ketenangan minda, promosi bateri turut ditawarkan di mana semua pemilik kenderaan Volkswagen boleh mengunjung­i pengedar sah dan memeriksa bateri secara percuma.

“Mereka yang perlu menukar bateri akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus untuk bateri baharu bermula RM365 seunit, bergantung kepada model. Tawaran bateri ini bermula dari 15 Januari hingga 28 Februari.

Dalam pada itu, semua model Volkswagen juga hadir dengan penyelengg­araan percuma selama tiga tahun, jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia