Berita Harian

Terhutang budi pada Shahruleza­d

-

Berdarah kacukan Melayuarab, bakat berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, ini tidak pernah melihat dunia seni hanya medan bagi mengejar glamor ataupun mengecap populariti.

Sebaliknya, jika dilakukan dengan betul, ia mampu menjadi ruang buatnya mencari rezeki.

“Dua drama daripada produksi Global Station,

dan pada 2016, membakar semula semangat saya untuk kembali berlakon. Pada 2017 pula, saya diberi peranan watak pembantu dalam drama, Degup Cinta,

juga arahan Shahruleza­d.

“Seterusnya, pengarah itu menghulurk­an saya satu lagi peluang berlakon, tahun lalu. Kali ini menerusi drama, Nur.

“Sebagai orang baharu, saya sangat bertuah apabila mendapat tunjuk ajar daripada penggiat seni sepertinya. Memandangk­an pengalaman saya masih cetek, jadi agak kekok pada awalnya ketika menjalani penggambar­an. Alhamdulil­lah, percubaan itu bagaimanap­un mendapat reaksi positif daripada ramai penonton,” ujarnya.

Ucap pemuda ini, dia bersyukur kerana Nur

umpama membuka ruang baharu kepadanya dalam dunia lakonan. Dia juga gembira apabila wataknya dikembalik­an dalam Nur 2, biarpun sekadar undangan.

Keluarga bakar semangat

Kata Mathni, selain keluarga, isteri tercinta yang dikahwini pada 2015 turut menjadi perangsang untuknya mengejar impian menjadi pelakon terbaik.

“Dalam kalangan adik-beradik, sayalah yang pertama menceburi dunia seni. Ibu juga menjadi pembakar semangat untuk saya berlakon.

“Pada saat saya mengalah, ibu pernah menyatakan, saya tidak fokus pada bidang yang diceburi. Namun, dia terus memberikan semangat untuk saya melangkah di arena ini.

“Sekarang, isteri juga tak ketinggala­n mendorong saya berlakon,” katanya.

Tambah ilmu lakonan

Akur bakat seninya belum setanding pelakon berpengala­man lain,

Mathni tidak segan untuk menuntut ilmu. Tegasnya, dia tidak mahu bergelar pelakon hanya dengan bersandark­an paras rupa.

“Saya akui, saya menjadi pelakon secara bidan terjun. Tetapi, saya tak mahu orang mengatakan saya sekadar bergantung kepada rupa.

“Secara peribadi, saya tidak pun berasakan mempunyai kelebihan dari segi wajah. Cuma orang lain yang beranggapa­n sedemikian. Kalau ada rupa sekalipun, jika tidak disertakan bakat, susah juga. Justeru, jika boleh saya mahu dikenali kerana bakat, bukan rupa.

“Saya serius mahu jadi pelakon. Cuma, mungkin rezeki dan tuah belum menyebelah­i diri. Tahun lalu, saya mengikuti bengkel anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) selama seminggu, selain kelas lakonan kelolaan Zul Huzaimy. Tahun ini pula saya sertai bengkel anjuran Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), bagi mendalami ilmu lakonan dan vokal,” katanya.

Kagumi Azhan Rani

Percaya pada rezeki,

Mathni berharap dia mampu membuktika­n kerjaya seni diceburiny­a hari ini bukanlah sia-sia.

“Semestinya saya berharap untuk terus menyerlah dan mampu duduk sebaris dengan pelakon utama yang lain.

“Pengalaman berlakon dengan pelakon lain juga menjadi azimat berharga. Sebahagian­nya adalah idola saya sendiri, justeru menjadi tempat rujukan menambah ilmu.

“Sebagai contoh, saya perhatikan bagaimana Azhan Rani beraksi di set penggambar­an Nur dulu. Lihat sahaja bagaimana dia mampu menyampaik­an watak Ustaz Hamadi dengan begitu baik,” katanya.

 ??  ?? Abam Bomba I Love You Papa Ricky,
Abam Bomba I Love You Papa Ricky,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia