Notes SPF Superheroes

Masih beri alasan tak pakai SPF harian kerana ia berminyak dan meninggalkan kesan memutih pada kulit? Banyaklah alasan kamu. Cosmo tampilkan pelindung peribadimu yang tiada alasan untuk kamu tidak pakai demi kulit yang lebih baik hari ini, esok dan bertah

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

SEBELUM ITU… A QUICK REFRESHER TENTANG SPF. SUN PROTECTION FACTOR ATAU SPF YANG TERTERA PADA SETIAP PRODUK PERLINDUNGAN MATAHARI ADALAH PETUNJUK KEPADA BERAPA LAMA IA AKAN MELINDUNGI KAMU. IA JUGA PETUNJUK KEPADA BETAPA BANYAK SINAR UV YANG DISERAP OLEH PRODUK ITU. SPF15 MENYERAP DALAM ANGGARAN 93 PERATUS DARIPADA SINAR UV SEMENTARA SPF30 DALAM 97 PERATUS (SUMBER DARI SKINCANCER. ORG). JADI, YANG MANA SATU PATUT KAMU PAKAI?

1. Menghalang Semua Cahaya

Supergoop! Unseen Sunscreen SPF40, RM143 bukan saja melindungi daripada cahaya matahari tetapi juga inframerah dan cahaya biru daripada gajetmu (ya, cahaya telefon pun merosakkan kulit). Kandungan alga merah melindungi daripada kesan bahaya cahaya biru sementara minyak biji meadowfoam meningkatkan penghidratan kulit. Menariknya ia juga bertindak sebagai primer solekan!

2. Dengan Antipenuaan

Kiehl’s Dermatologist Solutions Ultra Light Daily CC Cream SPF 50 PA++++, RM165 berwarna tipis untuk meratakan ton kulit dan membuatkan ia kelihatan sihat dengan formula CC adunan ekstrak laici. Disebabkan ia sangat ringan, bebas wangian dan bebas paraben, ia sesuai untuk semua jenis kulit. Terbaik bila kamu malas nak bersolek, yang ini pun sudah mencukupi.

3. Melindungi Rambut

Untuk mengekalkan kesihatan, kilauan serta warna rambut, Rita Hazan Lock + Block Protective Spray, (harga tidak dinyatakan) mengandungi penyerap UV yang menghalang warna rambut daripada luntur. ProVitamin B5 merapi dan menyihatkan sementara Vitamin A dan E melindungi daripada serangan persekitaran.

4. Di Dalam Solekan

Katakanlah kamu terlupa nak pakai SPF sebelum bedak asas, kamu terselamat jika bedak asas kamu mengandungi SPF, seperti Marc Jacobs Shameless Youthful-look 24-H Longwear Foundation SPF25, RM255. Sementara warna bedak asas menawarkan sedikit perlindungan, SPF yang dikapsulkan menawarkan perlindungan matahari tanpa mengubah tekstur atau penampilan bedak asas. Yang ini juga bertahan lama dan buat kulit selesa.

5. Anti-Habuk

Dr.Jart+ Every Sun Day Sun Fluid SPF50+/PA+++, RM145 (ia hadir dengan pembersih wajah) sesuai untuk penghuni kota yang sering terdedah kepada asap dan habuk! Tekstur gel yang sangat cepat meresap dan ringan, serta SPF yang agak tinggi turut menghalang habuk kecil serta pencemar lain daripada menembusi kulit. Kamu akan merasakan seolah kamu tak pakai apa-apa pada kulit.

6. Lapisan Demi Lapisan

Guerlain Blanc De Perle UV Shield SPF 50++, RM284 menggunakan teknologi Skin Shield, yang memberikan perlindungan lapisan demi lapisan untuk menguatkan pertahanan kulit terhadap selaran matahari. Disebabkan kulit dilindungi lapisan demi lapisan, ia mampu mengekalkan penampilan berserinya dalam apa jua keadaan. Ia juga kalis haba, kelembapan dan peluh.

7. Takkan Hilang Bersama Peluh Kamu

L’erbolario Invisible Sunscreen Veil Spray For The Body SPF50 UVB-UVA, RM179 paling sesuai untuk kamu yang sering merungut sunscreen tak kalis air. Semburan takkan buat kulit berbelak malah terasa selesa dengan kandungan prickly pear dan minyak desert date yang membekalkan nutrisi, serta alpha bisabolol dengan tindakan melembut dan menyegarkan.

Jadi tak kiralah hari itu mentari mencanak di atas kepala atau mendung kelam kelabu, kamu tetap perlu perlindungan SPF. Dan kini tiada lagi alasan kerana ada banyak pilihan formula serta tekstur yang boleh kamu pilih berdasarkan keadaan, jenis dan keperluan kulitmu. Selalunya kamu dinasihatkan untuk memakai SPF sebelum solekan atau sebelum keluar rumah tetapi kamu juga boleh memakai SPF sebagai langkah pertama selepas membersihkan kulit. Semoga kita semua terus dilindungi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.