Meet The Experts

Cosmo bertanya kepada pakar tentang segalanya yang kamu mahu tahu untuk majlis perkahwinanmu. It’s like your very own appointment!

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

INNAI RED

IZRIN ISMAIL, PENGASAS DAN PENGARAH URUSAN ARENE P. KHAIRUDIN & JULIANI JAMAL, PEREKA FESYEN BUSANA PERKAHWINAN MERUPAKAN HIGHLIGHT UNTUK SETIAP PENGANTIN DI MAJLIS RESEPSI. COSMO KONGSIKAN

DO’S AND DON’TS DARIPADA PEREKA TERKENAL UNTUK BANTU KAMU CARI BUSANA SEMPURNA DENGAN SILUET TUBUH SEKALI GUS MENJADIKAN KAMU THE PRETTIEST BRIDE! Apa yang setiap bakal pengantin perlu tahu sebelum berjumpa dengan pereka gaun perkahwinan? Tetapkan tema dan lokasi majlis. Contohnya, adakah majlis tersebut bertemakan tradisional di rumah, modern western di hotel atau ala vintaj di taman. Kaji pereka mana yang sesuai dengan cita rasa dalam pemilihan pemakaian. Setiap pereka ada identiti dan stail tersendiri. Sekiranya rekaan mereka kena dengan cita rasa dan personaliti kamu, lebih senang untuk bekerjasama dalam menghasilkan gaun idaman.

Persiapan yang bakal pengantin perlu dilakukan oleh bakal pengantin?

Penting untuk bakal pengantin sediakan kelengkapan pakaian dalam yang sesuai dengan bentuk badan sebelum membuat first fitting – sama ada mahu memakai korset atau push-up bra ketika majlis. Bakal pengantin juga digalakkan bersedia dengan rujukan untuk idea rekaan baju, tema keseluruhan majlis serta bajet mereka.

Adakah bakal pengantin disarankan membeli fabrik sendiri?

Terpulang, tapi bukan semua orang biasa membeli fabrik. Jadi lebih baik

serahkan tugasan itu kepada pereka. Jika masih mahu beli sendiri, lebih elok jika kamu bertemu pereka terlebih dahulu. Kami boleh beri idea serta nasihat untuk beli kain yang sesuai dengan rekaan.

Bagaimana jika mereka sudah ada fabrik sendiri?

Kami tetap akan terima tempahan tapi mungkin ada had kepada rekaan jika fabrik yang diberi tidak sesuai. We can work on the design with what they have. Cuma mungkin agak terhad dari segi rekaan seperti siluet atau potongan yang mereka mahu tidak sesuai dengan kain yang sudah dibeli atau kuantiti fabrik tidak mencukupi.

Tempoh ideal untuk menempah baju perkahwinan dan berapa sesi fitting perlu dihadiri?

Tempoh ideal adalah enam bulan kerana proses membuat rekaan, mencari bahan (fabrik) dan fitting mengambil masa agak lama. Biasanya di Innai Red, tiga kali sesi fitting sudah pun mencukupi.

Bagaimana kamu atasi bakal pengantin yang tidak tahu apa mereka mahu atau kerap ubah fikiran?

Kami akan kongsi rujukan gambar dan contoh baju untuk bantu mereka mengenali apa yang mereka suka atau tidak suka. Bagi yang tidak ada idea, we need to get to know you more supaya senang untuk kami tahu rekaan apa yang sesuai.

Apa trend terkini untuk gaun perkahwinan?

Tahun ini ramai pengantin minta baju potongan ball gown tetapi ia tidak sesuai dengan semua bentuk badan. Sebab itu kami lebih suka membuat rekaan baju yang klasik, classy, timeless dan complement bentuk badan pengantin. Walaupun rekaan gaun timeless dan klasik, ia lengkap dengan perincian moden.

Adakah kamu juga berikan konsultasi tentang padanan aksesori sesuai?

Ya. Jika baju sudah sarat dengan manik, tak perlu pakai aksesori OTT. Cukup dengan barang kemas ringkas dan elegan. Tiara antara aksesori yang sedikit lapuk. You don’t have to be too literal dan pakai tiara melainkan jika tema majlis kamu adalah fairy tale. Gaya di majlis perkahwinan perlulah seimbang dari segi pakaian, aksesori, dandanan serta tata rias.

Apakah kesilapan yang biasa dilakukan bakal pengantin?

Kami faham kamu perlukan sokongan keluarga dan teman-teman, tapi dinasihatkan agar tidak membawa entourage terlalu ramai. Bukan apa, lebih ramai orang kamu bawa, lebih banyak pendapat yang akan bercanggah. Ia tidak membantu melainkan jika kamu seorang yang firm dan tahu apa dimahukan. Jika tidak, ia hanya akan buat kamu keliru dan kecewa.

DR. FADZLINA

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF IDEALYST CLINIC AND MEDISPA WALAUPUN KAMU GUNA KHIDMAT JURUSOLEK PROFESIONAL UNTUK BERSOLEK, KAMU TETAP KEHILANGAN SERI PENGANTIN PADA HARI PERKAHWINAN JIKA TIDAK MENJAGA KULIT DENGAN BAIK. TENTU KAMU TAK MAHU WAJAH KELIHATAN KUSAM DAN BERJERAWAT, KAN? LET’S GET THE BRIDAL GLOW!

Apa persiapan kecantikan yang perlu dilakukan setiap bakal pengantin?

Pertama sekali, jangan malas! Lakukan persiapan lebih awal dan jangan bergantung pada persiapan last minute terutamanya untuk rawatan wajah. Jika mahu ambil apa-apa suplemen, mula sekurangkurangnya enam bulan sebelum majlis untuk hasil maksimum.

Apakah rawatan wajah terbaik yang boleh kamu sarankan?

Bergantung pada keadaan kulit bakal pengantin serta kebimbangan mereka. Masalah biasa adalah kulit berjerawat, pigmentasi, kemerahan, kulit kusam serta keguguran rambut. Jika kebimbangan kamu adalah kulit berjerawat, saya sarankan rawatan chemical peeling. Buat pigmentasi pula, rawatan carbon peel laser dan yellow laser.

Tempoh ideal untuk dapatkan rawatan?

Jika bakal pengantin mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi, tempoh ideal adalah enam bulan sebelum. Don’t try new unfamiliar treatments nearing your big day, kerana dikhuatiri kulit akan alami reaksi.

Do’s and don’ts untuk penjagaan wajah?

Do’s: Diet yang sihat dan seimbang, bersenam dengan kerap, pengambilan vitamin amat penting dan dapatkan rawatan wajah bersesuaian enam bulan sebelum. Dont’s: Jangan terapkan diet baru, never do crash diet, elakkan pengambilan suplemen atau vitamin baru yang kamu tidak pernah cuba dan jangan tukar produk penjagaan wajah baru menjelang majlis perkahwinan kamu.

Berapa kerap bakal pengantin perlu lakukan rawatan wajah sebelum majlis mereka?

Bergantung pada masalah kulit. Apa yang kami lakukan di Idealyst Clinic and Medispa adalah menganalisis kulit kamu terlebih dahulu menggunakan face scan, kemudian kamu akan diberi konsultasi oleh doktor tentang rawatan wajah yang sesuai. Masalah jerawat: Rawatan chemical peeling Masalah pigmentasi: Rawatan Platlet Rich Plasma, carbon peel laser atau dual yellow laser. Masalah parut jerawat: Rawatan C02 laser Masalah kulit kusam: Rawatan hydrafacial, snow gold facial, carbon peel laser, oxygen facial laser atau yellow laser.

Bagaimana jika terdapat reaksi selepas rawatan tersebut?

Walaupun ia jarang berlaku, tapi mana-mana doktor akan menyarankan kamu dapatkan rawatan seawal enam bulan sebelum majlis perkahwinan – terutama bakal pengantin yang ada masalah kulit serius seperti kulit berjerawat dan parut jerawat. Jika kamu mempunyai reaksi (di mana ia jarang terjadi di Idealyst Clinic and Medispa), kami boleh perbetulkan masalah tersebut kerana ada tempoh masa yang cukup. Tidak kira di mana sekali pun kamu dapatkan rawatan, jumpa doktor kamu dengan segera jika kulit wajah mengalami reaksi.

MUAS MO

PEMILIK MUAS MO WEDDING & EVENT STYLIST PELAMIN, GUBAHAN BUNGA DAN HANTARAN JUGA MERUPAKAN ELEMEN PENTING. IA BUKAN SAJA MENJADI ‘ISTANA’ MERPATI DUA SEJOLI PADA MAJLIS RESEPSI, MALAH JUGA SUASANA DAN PENGALAMAN INDAH UNTUK DIRASAI OLEH SETIAP TETAMU.

Apa yang bakal pengantin perlu tahu sebelum temu janji pertama?

Seeloknya, tetapkan dahulu lokasi majlis persandingan sebelum berjumpa kami agar dapat gambarkan dekorasi mengikut keluasan serta reka bentuk sedia ada lokasi tersebut. Selain itu, mereka perlu tetapkan tema serta bajet.

Setiap pasangan pasti mempunyai visi majlis mereka sendiri. Bagaimana kamu realisasikannya?

Team kami akan kaji lebih mendalam tentang tema yang dipilih dari sumber bahan bacaan di media massa sebagai rujukan. Selain itu, kami juga akan gabungkan idea sendiri bersama idea bakal pengantin untuk merealisasikan majlis idaman mereka.

Bagaimana kamu hadapi situasi apabila timbul perbalahan di antara bakal pengantin dan keluarganya mengenai majlis perkahwinan?

Sejujurnya, kami akan lihat terlebih dahulu siapa yang membiayai majlis tersebut. Tetapi, keutamaan harus diberikan kepada bakal pengantin kerana ia hari istimewa mereka.

Bajet minimum untuk sesebuah majlis perkahwinan?

Bergantung kepada kemampuan bakal pengantin, kebiasaannya bajet minimum adalah sekitar RM30,000 hingga RM50,000 untuk pelamin, gubahan bunga, dekorasi dan lain-lain servis. Tapi kami juga fleksibel dan boleh mengikut bajet yang sudah ditetapkan oleh klien.

Jika kamu membuat reka bentuk dan koordinasi, apakah keistimewaan utama kamu?

Kami percaya pada empat perkara ini; terkini, ringkas, klasik juga lain daripada yang lain.

Pada pendapat kamu, apakah kesilapan yang dilakukan oleh majoriti bakal pengantin?

Pemilihan tema majlis yang tidak bersesuaian secara keseluruhan. Serta sering kali mereka menyangka sesuatu majlis yang kelihatan ringkas, tidak memakan belanja yang tinggi. Walaupun pelamin tampak ringkas, tapi jika mahu penggunaan bunga segar, ia boleh menelan belanja yang tinggi.

Apakah tempoh ideal untuk merancang sesuatu majlis dan prosesnya?

Tempoh ideal adalah satu tahun dan prosesnya termasuk pemilihan lokasi, tema dan menetapkan bajet untuk majlis perkahwinan tersebut. Fasa kedua pula adalah untuk menempah pelamin, dekorasi, pengacara majlis, jurugambar dan servis lain. Amat penting juga untuk menetapkan jumlah jemputan tetamu dan follow-up rsvp.

Kebiasaannya, berapa banyak temu janji yang kamu lakukan bersama bakal pengantin sebelum majlis resepsi?

Bergantung kepada saiz sesuatu majlis itu sendiri. Kebiasaannya antara dua hingga lima kali tapi ada juga lebih 10 kali terutamanya untuk majlis perkahwinan yang besar.

Bagaimana kamu pastikan segalanya berjalan lancar? Bagaimana jika bakal pengantin berubah fikiran pada saat akhir?

Persediaan awal amat penting untuk kami serta disiplin yang kuat untuk mengikuti time frame yang telah dijadualkan. Jika bakal pengantin berubah fikiran, kami sentiasa bersedia dengan pelbagai pelan kontingensi. Krew kami akan berkumpul dan mencadangkan idea yang sesuai untuk mengikut kehendak bakal pengantin.

Apakah trend terkini untuk majlis resepsi?

Tema tropika dan rustic masih mendapat permintaan hangat sehingga kini sejak akhir tahun lalu dan dijangka akan menambat hati bakal pengantin sepanjang tahun 2018 ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.