From The Editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Nisa’ Halid Editor Nisa'

Terima kasih kepada 30 selebriti yang sama-sama menjayakan kempen Hari Wanita Sedunia IWD anjuran Bluinc Media Sdn Bhd dan 17 lagi Bluinc’s titles. Ramai yang menyertainya dengan semangat mahu mengangkat martabat wanita di mata dunia. Tahun ini, Bluinc sisters sepakat menggunakan hashtag #womanup dan #mypressforprogress. Dah tonton semua video yang Cosmo sediakan? So, what’s your word?

Ahhh, indahnya perkahwinan... Satu demi satu selebriti kesayangan Cosmo dipetik sang kumbang idaman. Congratulations love birds! Buat kamu yang sedang merancang hari bahagia, you’re looking at the right thing. Cosmo bawakan 16 halaman istimewa buat kamu, bakal ratu sehari. Antara artikel yang ingin kami kongsikan tentulah temu bual kami bersama tiga ‘ pakar’ perihal kahwin. Siapa mereka ini? Selak halaman 62 untuk merasai pengalaman bagaikan kamu ‘bertemu mata’ dengan mereka ini. You’re welcome!

Jika bulan lalu media sosial kami dipenuhi dengan kempen Hari Wanita Sedunia 2018, bulan ini kamu pasti teruja dengan segala- galanya tentang perkahwinan. Liputan 360 darjah tentang #wedspo kami tampilkan buat tema April kali ini jadi ekstra menarik. Selain menikmati juadah yang kami sediakan di sini, jangan lupa klik www.inspirasi-cinta.com untuk info dan butiran tentang acara yang bakal berlangsung selama seminggu dari 9 hingga 14 April ini. Pelbagai aktiviti, temu bual eksklusif bersama pakar serta pertunjukan fesyen daripada jenama pereka tersohor tempatan pada sebelah malam. ( Psttt! Pameran gaun pengantin selebriti terkenal pun ada.)

Jeng jeng jeng... Siapakah gerangan jejaka idaman Nelydia Senrose? Cosmo pun terpanggil untuk tahu. Katanya dia teringin memakai gaun pengantin rekaan Zuhair Murad (berangan is free) dan sudah bariskan namanama ‘dulang girls’ untuk hari istimewa nanti. Pelakon cantik yang meminati pasangan suami isteri, Beyonce dan Jay Z ini juga ada berkongsi susuk jejaka idamannya. Nak tahu? Selak halaman 20!

P/ S: Jangan lupa saksikan siri mini Inspirasi Cinta yang dibawakan oleh Bluinc Media Sdn Bhd, setiap Jumaat bermula 23 Mac. Have fun watching!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.