Horoscopes

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Aries 21.3 - 19.4

Onward! Kamu sedang berlayar menuju kejayaan. Jika perjalanan hidup terasa bumpy, ubah strategi supaya kamu dapat capai apa diingini. Kamu bakal terima berita baik pada awal bulan ini, tapi jangan terburu-buru membuat keputusan. TAHUN KAMU: Selama ini kamu bekerja keras untuk capai impian, tak salah rehat seketika dan kembali dengan semangat baru. Terus berusaha ya!

Taurus 20.4 - 21.5

Ragu-ragu menguasai diri? Cuba fokus pada naluri kamu sepanjang April ini. Menjelang 10 April kamu akan dinaikkan pangkat. Jika bercadang untuk bercuti, pastikan diri kamu dalam keadaan tenang. Pergi bercuti selepas 15 April. JEJAKA TAURUS: Si dia tampak lain dan banyak berdiam diri kebelakangan ini. Apa kata kamu buat tempahan berdua ke spa.

Virgo 23.8 - 22.9

Pelan yang kamu rancang tahun ini berjalan dengan lancar. Mungkin ada yang tak gemar dengan perjalanan hidup kamu, jadi berhati-hati kerana ada yang iri hati. Pilih teman yang ada denganmu di waktu susah dan senang. JEJAKA VIRGO: Si dia dalam mood soul-searching. Tugas kamu? Beri dia semangat supaya tak putus asa di tengah jalan.

Capricorn 22.12 - 19.1

Hidup kamu bercelaru hingga 10 April. Cuba elak diri daripada kekalutan ini. Cosmo nasihatkan kamu selesaikan masalah satu persatu hingga 21 April. Tak salah terima nasihat teman. Pada April 29, kamu bakal berkenalan dengan jejaka baru.

JEJAKA CAPRICORN: Jangan menyekat perbuatan si dia – just go with the flow. Tapi jika kamu tak suka dengan layanan diberikan, luahkan kepadanya.

Gemini 22.5 - 20.6

Kehidupan sosial kamu ‘meriah’ kebelakangan ini, ramai jejaka mahu mendekatimu. Selepas 18 April, kamu akan bertemu kembali sahabat lama. Kerjaya juga menyinar tapi kemungkinan kamu hadapi masalah kewangan pada 20 April. JEJAKA GEMINI: Dia suka lepak bersama the boys, fikirannya selalu bersama kamu. Tak perlu kawal dia daripada melepak dengan temannya.

Libra 23.9 - 22.10

Di mana real friends kamu? Pada 1 April, senaraikan teman yang patut kamu singkir dalam hidup. Mengapa? Mereka ini umpama parasit yang mahu bersama kamu ketika senang. Menjelang April 15, luang masa bersama keluarga. JEJAKA LIBRA: Si dia tampak tak menentu, tapi kamu bakal bongkar mengapa dia jadi begitu. Sabar...dan terus selidik.

Aquarius 20.1 - 18.2

Kamu seorang multi-tasker dan mampu uruskan segala hal dengan lancar. Hati-hati, ada teman pejabat yang tak suka lihat kamu berjaya. Tak semua perkara kamu boleh kongsi dengan mereka. Pilih teman yang boleh dipercayai. Pada 27 April, kamu perlu luang masa dengan keluarga. JEJAKA AQUARIUS: Mr. Moody memerlukan kamu, katakan ya pada staycation untuk kamu berdua.

Cancer 21.6 - 22.7

Semua yang kamu usahakan sudah membuahkan hasil, hati pun melonjak gembira. Usaha penat di pejabat pada Januari lalu semakin berbaloi menjelang 5 April. Ajak teman berparti sepanjang malam pada 28 April.

JEJAKA CANCER: Tugas di pejabat buat si dia bercelaru, lebih baik kamu tenang saja. Tapi jika dia lupa untuk kembali pada ‘ratu’, memang ‘tak selamat’ hidupnya.

Scorpio 23.10 - 22.11

Sepanjang April ini, kehidupan kamu penuh dengan pelangi. Segala penat lelah di pejabat akan terbayar. Bos mahu naikkan pangkat jadi pastikan kamu kerja lebih kuat untuk portfolio. Hubungan cinta mekar menjelang April 30. JEJAKA SCORPIO: Si dia terlalu fokus dan sukar untuk kamu ganggunya from 9 to 6. Tak salah jemput si dia pulang dan bawanya makan malam di restoran kegemaran kalian.

Pisces 19.02 - 20.3

Jika kamu tak bermaya dan rasa malas ke pejabat, ambil cuti seharian. Mungkin terlalu banyak kerja hingga kamu tak cukup rehat. Alternatif lain, bercuti atau lakukan aktiviti beriadah. Selepas itu, back on track! JEJAKA

PISCES: Si dia inginkan aksi manja seperti kamu memegang tangannya atau mencium dahinya. Tunjukkan yang kamu gadis romantis okey!

Leo 23.7 - 22.8

Vacation mode: On! Badan sudah lama tak kena sinaran matahari di tepi pantai, pasir putih yang mampu tenggelamkan kaki dan lautan yang membiru. Pergilah bercuti selepas April 24. Kembali pada 29 April dengan semangat baru ke pejabat. JEJAKA LEO: Si dia mahu sesuatu yang spontan! Cadangkan aktiviti bersama seperti berkelah di taman atau pantai. Pasti si dia suka.

Sagittarius 22.11 - 21.12

Sejujurnya, kamu bertuah bila sentuh bab cinta. Pada 15 April, kamu akan dapat kejutan daripada secret admirer, jadi bersiap-sedia untuk terbang ke angkasa yang indah. Di pejabat, pastikan bos tahu kamu pekerja yang cekap. JEJAKA SAGITARIUS: Sparks are flying, suami juga sedang dalam mood yang indah. Jangan malu, tak salah kamu tunjukkan sedikit ‘belang’ ketika menggodanya di kamar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.