Love Therapy

Kamu ada kemusykilan tentang pasangan dan perhubungan cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Q/ Saya ada masalah besar! Suami asyik menggatal dan gemar melayan wanita (ke rumah urut juga). Saya sangka dia akan berhenti tabiat tak elok ini selepas berkahwin, tapi ternyata saya silap. Bila saya periksa WhatsApp dan WeChat dalam telefonnya, saya hilang arah. Tambah parah, kini saya sedang sarat mengandung. Saya tak rela diperlakukan begitu dan tak mahu anak membesar tanpa seorang bapa. Dilemanya! A/ Tanya soalan ini pada diri kamu hari ini: Adakah kalian berdua berkongsi komitmen? Dia jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna seperti memberi nafkah? Jika kamu berkongsi komitmen, kemungkinan besar dia ada duit poket lebih memandangkan dia boleh habiskan wang tidak tentu hala. Cosmo sarankan kamu serah segala komitmen keluarga padanya, kerana itu sudah menjadi tanggungjawab suami dan hanya bantu mengikut kerelaan kamu, okey?

Q/ Sudah dua tahun saya menjalin hubungan dengan kekasih dan sepanjang dua tahun ini, saya rasakan dia seakan perahsia. Kami pernah berbincang tentang hal ini dan katanya ia memang sifat semula jadinya. Lamakelamaan hubungan kami makin hambar. Tapi peliknya, bila dia bersama keluarga atau teman, dia santai dan bersifat terbuka. Adakah kami sebenarnya tak serasi? A/ Situasi ini agak rumit tapi usah sewenang-wenangnya buat kesimpulan. Mungkin dia mempunyai dua personaliti – berlainan perangai bila bersama teman dan kekasih. Perlakuan ini berdasarkan keyakinan yang si dia miliki atau mungkin faktor lain. Paling penting, kamu tahu kriteria suami yang dimahukan. Jika sifatnya ini mengganggu kepercayaan dan hubungan kalian, pertimbangkan sama ada hubungan ini berbaloi atau tidak.

Q/ Sejak saya mempunyai kekasih, teman saya jadi possessive dan mudah cemburu. Banyak kali juga saya dituduh lupa kawan dan asyik berkepit dengan si dia. Padahal, saya tidaklah sekejam itu. Saya juga selalu keluar bersamanya. Apa yang patut saya lakukan supaya teman tak rasa tersisih? A/ Hmm...pelik juga perangai teman kamu. Adakah teman kamu ini jejaka atau fearless woman? Jika dia jejaka, kemungkinan besar dia menaruh harapan terhadapmu atau dia sering luang masa bersama kamu hingga emosinya terganggu bila kamu tiada. Persahabatan sejati tak perlu dipaksa dan teman akan gembira melihat kamu bahagia. Jika tak selesai juga, confess saja kepadanya supaya dua-dua jelas dengan situasi yang timbul dan berdamai.

SUAMI ASYIK MENGGATAL DAN GEMAR MELAYAN WANITA (KE RUMAH URUT JUGA). SAYA SANGKA DIA AKAN BERHENTI TABIAT TAK ELOK INI SELEPAS BERKAHWIN, TAPI TERNYATA SAYA SILAP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.