Horoscopes

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Gemini 22.5 - 20.6

Sepanjang Jun ini kehidupan kamu sangat epik! Ingat, jangan terlalu boros dan simpan wang kamu selepas 5 Jun. Rancang, rancang dan rancang percutian menjelang 13 Jun, kemungkinan besar kamu bakal bertemu jejaka berpotensi di situ nanti. TAHUN KAMU: Mengapa perlu terburu-buru? Minda kamu mahu semua yang dirancang sudah mula menampakkan hasil. Tapi, Jun adalah waktu terbaik hadapan terutamanya untuk kerjaya. Cosmo jangkakan hubungan cinta kamu akan mekar pada bulan Julai dan November.

Cancer 21.6 - 22.7

Letak tepi novel cinta kamu dan fokus pada perhubungan di alam realiti. Sudah terlalu lama kamu pendam perasaan, ini masanya mulakan langkah. Siapa sangka kamu ada bakat sebagai sweet talker hingga ramai yang jatuh cinta. Belum cuba, belum tahu.

JEJAKA CANCER: Wah! Si dia meluahkan segalanya sepanjang bulan ini, termasuk perasaannya terhadap kamu. Tunggu...

Scorpio 23.10 - 22.11

Banyak perkara yang kamu perlu fokus menjelang 26 Jun seperti kewangan, tugasan di pejabat dan tanggungjawab sebagai anak. Luangkan masa untuk selesaikan semua hal dengan rasional. Kamu bakal terima berita baik pada 21 Jun. JEJAKA

SCORPIO: Biarkan si dia bersendirian untuk fikir tentang masa depannya bersama kamu. Dia pasti kembali untuk raih cintamu. Tak perlu risau okey.

Pisces 19.02 - 20.3

Jangan takut untuk bersinar pada 5 Jun. Tampil yakin ketika kamu membuat peembentangan di depan majikan dan rakan setugas. Kamu bakal capai sasaran menjelang 21 Jun, jadi jangan buang masa dan sambil lewa saja. Waktu untuk kerja keras. JEJAKA PISCES: Kamu kunci hatinya, hanya kamu bermain di mindanya. Dia pantang pasangannya menipu, jadi hatihati ya.

Leo 23.7 - 22.8

Aura kamu menakjubkan. Semakin ramai yang mahu mendekatimu termasuk si dia dan teman-teman. Perhubungan cinta bakal singgah pada 13 Jun. Di antara 9 hingga 12 Jun, hubungan intim juga sedang hangat. JEJAKA LEO: He’s a man about town. Jika kamu rasa tersisih, ini waktu terbaik untuk luahkan apa yang dirasai. Jangan makan hati ya.

Sagittarius 22.11 - 21.12

Kamu sedang berseronok menikmati percutian dan temanteman buat surprise di lokasi percutian. Hargai mereka dengan menikmati barbeku bersama. Kongsi gosip dan update hubungan cinta masing-masing. Pasti seronok mengimbas segala kenangan bersama mereka.

JEJAKA SAGITTARIUS: Si dia asyik berkepit dengan kamu. Bersiap sedia untuk ke peringkat seterusnya dalam perhubungan.

Aries 21.3 - 19.4

Jaga kesihatan kerana kebelakangan ini cuaca agak terik. Banyakkan minum air mineral serta elak berjemur. Pada 16 Jun kamu bakal ditimpa musibah. Cosmo tahu kamu boleh atasi dengan baik. JEJAKA

ARIES: Dia mahu kata-kata semangat kerana sering ‘dihentam’ ketika waktu pejabat. Dengar luahannya dan beri motivasi.

Virgo 23.8 - 22.9

Segala yang kamu impikan bakal dimiliki. Apa yang kamu damba selama ini, peluangnya bakal tiba pada 13 Jun. Pertimbangkan dan buat keputusan yang tepat. Jika ia berkenaan kerjaya, pilih biggest payoff. JEJAKA VIRGO: Si dia capai kejayaan besar dan mahu raikan bersama kamu. Buat surprise bersama the boys. Mungkin sediakan hidangan makan malam untuk teman rapatnya.

Capricorn 22.12 - 19.1

Selepas hadapi fasa sukar dalam kehidupan, mental kamu sudah bersedia untuk enjoy sepanjang Jun ini. Pada 5 Jun kamu bakal terima ganjaran besar selepas segala penat lelah. Tak salah untuk berseronok hingga hujung minggu. JEJAKA CAPRICORN: Hubungan kalian dalam fasa ‘sejuk panas’ jadi jangan mudah melatah. Takut si dia fed-up pula dengan kamu.

taurus 20.4 - 21.5

Embrace perubahan diri kamu. Jangan rasa malu atau tak yakin untuk bertemu teman dan orang luar. Luaskan networking pada 29 Jun kerana kamu berpeluang mencuba sesuatu yang baru.

JEJAKA TAURUS: Sikap terbukanya buat kamu senang tapi tak bermakna kamu boleh ambil kesempatan. Senang cerita, dia mudah tersentuh. Jadi jaga emosinya baik-baik.

Libra 23.9 - 22.10

Tak salah kamu lakukan sesuatu yang spontan untuk bucket list. Memandangkan Jun adalah musim panas (untuk negara empat musim), masanya untuk bercuti! Teroka destinasi baru dan cuba lakukan aktiviti ekstrem. JEJAKA LIBRA: Si dia asyik fokus dengan tugasan di pejabat? Cadangkan percutian dengan tema back to nature, contohnya ekspedisi mendaki gunung.

Aquarius 20.1 - 18.2

Semua kata hati kamu tepat tapi jangan buat keputusan mengikut emosi. Bawa fikiran rasional bersama ya. Kamu bahagia sepanjang Jun. Siap sedia untuk terima coklat, bunga and the list goes on... JEJAKA AQUARIUS: Ikut saja peraturan cinta yang dia sudah tetapkan. Jika kamu ikut kehendaknya, dia akan layan kamu bak permaisuri yang bertakhta di hatinya.

GEMINI GAL Janna Nick 1 Jun 1995 Lucy Hale 14 Jun 1989

GEMINI GUY Izzue Islam, 2 Jun 1990 Kendrick Lamar 17 Jun 1987

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.