Zoe Saldana

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

“I always wanted to be the Warrior”

Zoe Saldana sedang menghirup wain ros daripada cawan putih China sambil merenung ke langit LA yang mendung. Kami sudah bersama sejak 9 pagi lagi, dan memilih untuk menikmati wain menggunakan cawan kopi bukanlah sesuatu yang mengejutkan tentang pelakon ini. Di set penggambaran, selepas beberapa minit dia meninggalkan kerusi mekap, kelihatan beberapa kanak-kanak tiba bersama seorang lelaki berpakaian rugged, kacak dan berambut panjang serta sepasang warga tua yang tersenyum sambil menghampirinya. Inilah keluarga Saldana – tiga anak lelakinya; Cy, Bowie dan Zen, suaminya; Marco dan kedua ibu bapanya. Ketiga-tiga anak lelakinya berlari, berteriak dan sesekali mencuri pandangan ke arah ibunya. Kata Saldana, penting untuk keluarganya tahu yang dia gembira di tempat kerja – itu antara sebab kenapa dia cuba bawa keluarganya ke mana saja dia pergi. Sementara Marco pula seorang yang pendiam, steady

presence, sentiasa memerhati. Melihat dan tersenyum, persis lanun terkacak di dunia!

Saldana, 39, membuat keputusan tahun lalu yang keluarganya perlu bersamanya di tempat kerja selagi boleh. Beberapa tahun lepas adalah tahun yang agak sibuk, penggambaran Avengers: Infinity War, Guardians Of The Galaxy Vol. 2, dan memulakan penggambaran untuk filem yang ditunggu-tunggu, Avatar 2. Selain itu, ada pula lawatan promosi untuk franchises, pindah rumah...juga melahirkan Zen. “Ia (2017) adalah tahun yang paling sibuk,” dia tersenyum.

“Macam-macam terjadi dalam kehidupan kami. Saya sibuk bahagikan masa di antara keluarga, hal peribadi dan dua filem saya yang memerlukan saya berada di dua lokasi berlainan – Atlanta dan Los Angeles. Ia membuat saya tertekan. I realised that life needs

to be more balanced. Bukan saja ia memberi kesan kepada saya malah juga kepada suami dan anak-anak saya.” Si kembar, Cy dan Bowie berusia tiga tahun manakala Zen kini baru berusia satu tahun. “Semua keputusan dibuat untuk kebaikan kesihatan kami sekeluarga.”

Saldana dan Marco berkahwin pada tahun 2013, di mana suaminya yang bergelar artist membawa nama akhirnya menjadi Marco PeregoSaldana. Kata Saldana, Marco adalah orang yang paling dipercayainya, sumber rujukan dan nasihat kala berdepan dengan semua yang berlaku di Hollywood daripada skandal gangguan Harvey Weinstein hinggalah gerakan #MeToo dan Time’s Up di mana dia terlibat sama.

“Suami menjadi inspirasi bila saya berdepan dengan semua ini,” katanya. “Perbualan antara kami selamat dan intim, dan semakin berkembang. And it’s been very rewarding. Dia juga merupakan sebahagian daripada kumpulan

#MeToo.” Tambahnya, “Kita patut luaskan kisah #MeToo ini. Cara sama yang diaplikasikan kepada mangsa patut diselaraskan juga untuk lelaki buta yang kini sudah boleh melihat. Satu perkara saya boleh nasihat, berlaku adillah kepada mereka yang berusaha keras dan jangan ketepikan mereka.”

Di sebalik ketenangan Hollywood Hills ini, di mana pokok-pokok palma dibuai angin sepoi-sepoi bahasa di kawasan perumahan berjuta-juta dolar, memang mudah terlupa bahawa dunia Hollywood kini sedang ‘terbakar’, berasap dari dalam disebabkan oleh salah satu revolusi terbesar yang pernah melanda industri tersebut. Tetapi bila kamu hidup dan bernafas setiap hari, seperti Saldana, ia tak akan lupus dari fikiran. “Saya rasa tercekik.” katanya sambil membeliakkan mata. Bila dia cuba sambung ayatnya, suaranya menjadi serak, tersepit dek emosi yang sedang dirasainya. “Tidak pernah saya bermimpi apa yang berlaku tahun lalu akan terjadi dalam hidup saya. Kami semua membantu sesama sendiri, sebagai wanita, memberi kasih sayang kepada satu sama lain.” Dia berhenti sejenak. “Saya tak pernah rasai semua itu kala menjejakkan kaki ke Hollywood 20 tahun lalu.”

Saldana berpindah ke Hollywood pada usia 19 tahun dan tak lama selepas itu, dia ditawarkan watak sebagai penari balet dalam filem pertamanya, Center Stage. Walaupun dilahirkan di New Jersey, dia berpindah ke Dominican Republic pada usia sembilan tahun bersama ibunya yang berbangsa Puerto-Rico dan dua adik-beradik perempuan, Mariel dan Cisely selepas bapanya yang berbangsa Dominican meninggal dunia akibat kemalangan tragis. Tak lama kemudian, mereka berpindah ke New York. Sewaktu membesar, dia menjadikan watak Ellen Ripley dalam filem Alien sebagai idolanya. “She was

everything,” katanya. “Itu saja yang saya mahu tonton. Sukar untuk saya tonton filem puteri

“I realised that life needs to be more balanced.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.