Camila Cabello

Camila Will Never Be The Same

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Matahari memancar pada suhu 75 darjah, dan pokok palma mencanak berlatarkan awan biru.

Camila seakan tidak sedar dengan keindahan cuaca di Southern California. Dia seperti terasing di atas pentas yang gelap di Burbank, membuat latihan untuk tour solo di 24 bandar dan persembahan pembukaan untuk temannya, Taylor Swift. Kala dia membuka pintu ke kamar wawancara kami, dia tercungapcungap sambil mengelap keringat di dahinya. Dia menanggalkan baju panasnya yang lembap dan menyarung cropped hoodie kuning sebelum menyapa dan memeluk saya. Bagus semangatnya hari itu, ceria sambil dia duduk di sofa dan melipatkan sebelah kakinya di bawah punggung. Setelah menghilangkan lelah dengan air kelapa, dia bersedia untuk bercerita lebih lanjut.

MICHELE: Happy belated birthday! Ini yang ke-21, jadi adakah kamu meraikannya dengan lebih meriah? CAMILA: Tak juga. Dalam keluarga saya, kami biasa minum, tambahan saya tak berapa suka perasaan keesokan harinya bila minum. I’m such a lightweight!

MP: Tour solo kamu dipanggil Never Be The Same. Apakah maksud di sebalik nama itu?

CC: Segala pengalaman saya sejak setahun lalu – bagaimana perubahan dalam diri saya dan bagaimana dunia saya berubah secara luarannya – membuatkan saya rasa seperti saya bukan orang yang sama lagi. Selamanya saya akan menjadi orang yang berbeza.

MP: Dari segi apa?

CC: Saya sedar betapa minda kita membentuk realiti – dan kuasa dalam mempercayai diri sendiri. Segalagalanya, jika kamu memilih untuk melihatnya dengan cara ini, ia boleh menjadi peluang untuk membina diri, persahabatan dan perhubungan.

MP: Bagaimana kamu tanamkan pemikiran sebegitu kerana kamu seolah sukar untuk dihentikan?

CC: Jika saya melakukan persembahan yang membuatkan saya gementar di depan orang ramai, saya perlu merasakan bebas dan tenang sebanyak mungkin. Itu memerlukan kekuatan mental, kerana saya berlatih selama 24 jam lakukan rutin sama, tetapi jika kamu sediakan mental kamu, kamu mungkin tak melakukannya sebaik yang kamu lakukan dengan hanya tiga jam latihan.

MP: Jadi kamu masih gementar? CC: Sudah tentu, seratus peratus. Ia sesuatu yang harus saya usahakan dan kini ia tidak begitu teruk, jauh lebih baik. Kamu harus ingat yang pertama, ia tidaklah begitu serius. Kedua, jika saya memilih untuk menikmatinya, ia akan jadikan pertunjukan itu satu bilion kali lebih baik. Saya hanya mahu nikmati hidup yang terbaik ( ketawa). Ayat Twitter sangat! MP: Layak hashtag!

CC: Tak, tapi ia benar! Saya baca The

Happiness Advantage, dan ia memberitahu sebelum kita lakukan sesuatu yang menakutkan, berikan minda ledakan fikirkan yang membuatkan kita gembira. Saya akan fikirkan anjing saya di Miami. Saya fikirkan keluarga saya. Saya fikirkan orang-orang yang bermakna buat diri saya.

MP: Helah yang baik, banjiri minda dengan kegembiraan. Bila kamu dalam tour, kamu ada bawa apa-apa dari rumah untuk buat kamu rasa lebih selesa?

CC: Saya suka makanan yang mengingatkan saya pada rumah, seperti Takis – I love Takis. Ia sangat pedas – mengecur air liur saya sekarang! Rasanya seperti Hot Cheetos tapi lebih Latin. Dan juga rancangan TV seperti Friends, sebab saya sering menontonnya dengan adik saya. Ibu saya ikut saya sepanjang masa, jadi saya tidaklah terlalu tersasar dari nyata.

MP: Kamu membuat persembahan pembukaan untuk Taylor Swift. Bagaimana kalian bertemu?

CC: Kami bertemu empat tahun lalu di VMAs. Saya pergi kepadanya dan Lorde dan saya cakap “I just want to say that I really look up to you guys.” Sejak itu kami berkawan. Dia antara mereka yang membuatkan saya ingin menulis lagu. I love her. Dia seorang kawan yang baik, sangat prihatin.

MP: Bagaimana kamu hadapi aspek negatif daripada populariti?

CC: Saya cuba lindungi diri saya sebanyak mungkin. Saya tak ada media sosial di telefon saya. Semua itu ada di telefon ibu saya, jadi jika ada sesuatu yang saya perlu katakan atau baca apa yang peminat hantar pada saya, saya baca di situ. Banyak bezanya apabila semua benda ada di hujung jari, kamu pasti akan nampak sesuatu yang melukai perasaan. Dan agak sukar untuk melupakannya.

MP: Ubah topik. Khabar angin mengatakan kamu bercinta dengan pakar perhubungan Cosmo, Matthew Hussey. Boleh komen status kamu?

CC: Saya peminat podcast dan videovideo Matthew sebelum saya bertemunya. Jadi saya syorkan kamu semua baca nasihatnya kerana ia menakjubkan dan dia sangat bijak. Tapi setakat itu saja saya nak cakap.

MP: Baiklah, secara umum, ciri-ciri apa yang kamu rasa menarik?

CC: Perhubungan impian saya ialah yang kamu boleh anggap sebagai kawan baik. Bila kamu sangat rapat antara satu sama lain, kamu boleh ketawa dan jadi diri sendiri. MP: Lagi?

CC: I mean I just love love! I’ve always been a hopeless romantic. Saya perlu merasakan emosi itu. Mencari pasangan kita adalah sesuatu yang paling hampir dengan magis. Sukar untuk jelaskannya. Sama seperti kamu tak boleh jelaskan mengapa sesuatu lagu itu buat kamu menangis.

MP: Kamu seorang teman wanita yang bagaimana?

CC: Saya rasa kuncinya adalah sentiasa memikirkan bagaimana untuk menyayangi seseorang dengan lebih baik. Tidak pernah berhenti buat si dia kagum dan beri kejutan. Mempercayai kemungkinan adalah musuh segala benda.

MP: Bila kamu bercinta dengan seseorang, kamu lebih suka lepak di rumah atau di luar?

CC: Di rumah. Saya suka menonton filem, walaupun saya tidak bercinta. Saya punyai kemahuan yang tinggi untuk selami diri dengan fantasi. Saya rasa ia buat kehidupan saya lebih baik. Saya tak sekali-kali mahu berpijak di bumi yang nyata kerana bagi saya itu lebih menyeronokkan.

Setelah meninggalkan kumpulan Fifth Harmony, banyak yang harus Camila Cabello buktikan. Selepas 18 bulan dan a can’tstop-grooving-to-it hit yang berada di tempat teratas, selamatlah untuk katakan mereka yang mencurigainya selama ini boleh duduk senyap-senyap sekarang. Dia bercerita kepada Cosmo tentang bagaimana dia mengawal semula hidupnya, apa yang dicarinya dalam percintaan, serta tabiat kegembiraan yang diamalkannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.