Cosmo Investigates

Personaliti URL VS IRL

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Adakah personaliti alam maya sama dengan realiti sebenar kamu? Atau ia hanya satu kehidupan sempurna yang kamu cipta untuk tontonan followers kamu? Walaupun tiada siapa mahu lihat post kamu menangis dek putus cinta atau stress di tempat kerja, tapi ini tak bermakna kamu perlu stage your online personality. Oleh Iqa Norhizam

Media sosial kini seakan sebati dalam kehidupan seharian kita. Sama ada kamu sedar atau tidak, dalam setiap aktiviti dari saat kamu bangun tidur hinggalah sebelum tutup mata, kamu tidak boleh berenggang dengan telefon pintar untuk check updates di media sosial. Kadangkala sampai tak menyempat mahu ‘membawang’ update terbaru tentang seseorang yang baru kamu lihat kepada teman-teman yang ‘sebulu’ denganmu. This is sad! Ini contoh paling senang, perkara pertama yang kamu lakukan sebaik bangun daripada tidur adalah melihat telefon bimbit, kan? Kamu mula periksa jika ada mesej di WhatsApp, likes di Instagram, komen di Facebook mahupun threads di Twitter. Media sosial sudah menjadi umpama morning newspaper. Setuju tak?

Kita semua seolah-olah lupa yang kita terlalu obses di ruang siber. Kita berkongsi setiap aktiviti daripada apa yang dimakan ke tempat yang dikunjungi, sesi romantik bersama pasangan malah setiap barang berjenama yang baru dibeli atau dihadiahkan. Well...maybe a ‘perfect’

online life! Tapi apakah hakikatnya?

Adakah Kamu Benar-Benar Bahagia?

Mungkin kamu pernah terfikir, “Mengapa semua post teman di feed Instagram kelihatan bahagia dengan kehidupan yang sempurna, sementara kamu?” Walaupun jika kamu terapkan pemikiran positif, persoalan seperti ini pasti pernah terlintas di fikiranmu. Tiada salahnya dengan pertanyaan itu. Sama ada kamu rasa cemburu dengan kebahagiaan orang lain atau diam-diam berasa sangsi dengan kehidupan online mereka?

“Maybe yes, maybe no,” jawab Mi Yen Low, pakar psikologi klinikal di Mindfulness Center. “Apabila teknologi semakin canggih dan platform media sosial digunakan, semakin mudah untuk seseorang itu cipta sebuah kehidupan sempurna yang mereka dambakan.” Jadi kamu mula bersikap memilih dengan apa yang kamu mahu tonjolkan di media sosialmu. Semestinya kamu muat naik gambar ketika hangout bersama BFF, makan malam mewah di restoran, membeli barangan berjenama atau shopping spree, naik pangkat di pejabat serta perkara lain yang menjadi kebanggaan kamu kerana ia mencerminkan satu kehidupan yang sempurna jika dilihat oleh followers kamu di media sosial.

Adakah Jumlah Pengikut Mendefinisi Kehidupanmu?

Kamu mungkin akan rasa bangga jika ada ramai followers serta social engagement yang hebat. Kerana itu, kamu mula berhati-hati dengan setiap posting kamu. Sebelum muat naik, kamu akan pastikan gambar-gambar tersebut diedit terlebih dahulu agar kelihatan lebih hebat dan sempurna. And you start to stage your social media feed.

“Masalah sebenar adalah apabila kamu gunakan jumlah followers dan likes sebagai ukuran terhadap social validation kamu. Ramai pengguna media sosial terbawa-bawa dengan sikap ini seolaholah jika mereka tidak mendapatkan jumlah likes dan followers yang banyak, mereka umpama a nobody dan tidak dihargai,” kata Mi Yen.

Apa yang kamu perlu tahu adalah jumlah pengikut mahupun likes di media sosial tidak mendefinisikan keseluruhan kehidupanmu serta nilai diri kamu. Ya, benar media sosial berperanan sebagai satu bentuk medium untuk kamu ekspresikan diri tapi kamu juga tidak seharusnya obses sehingga mengubah realiti sebenarmu. “Masing-masing mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka obses dengan personaliti mereka di media sosial. Tapi kebanyakan daripada mereka lebih memilih kehidupan online kerana realiti mereka tidaklah seindah yang digambarkan,” kata Mi Yen lagi.

Don’t get carried away with your online presence. Walaupun di depan kamera kamu mahu tunjukkan satu kehidupan yang sempurna, kamu juga tidak seharusnya lari daripada realiti sebenar. Benar, tiada siapa mahu melihat kamu bersedih di media sosial, tapi jangan pula terlalu asyik sehingga tidak mengendahkan sekelilingmu. “Ramai orang sibuk bergambar dengan teman-teman mereka kemudian update di akaun media sosial sehingga terleka untuk bersosial di alam realiti. Ada pula terlalu ‘gilakan’ #OOTD ketika melancong sehingga lupa untuk hargai keindahan alam dan menikmati percutian tersebut,” kata Mi Yen.

Hati-hati dengan apa yang kamu kongsi di media sosial!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.