Confessions

PEMBACA COSMO KONGSI PENGAKUAN PALING KELAKAR DAN MEMALUKAN YANG PERNAH DILALUI.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

“Ketika bersantai bersama teman-teman di mall, ada jejaka kacak datang menegur dan minta nombor telefon. Si dia nampak baik, jadi saya terfikir apa salahnya. Seminggu kemudian kekasih saya berkongsi link YouTube. Rupanya jejaka tersebut adalah vlogger popular yang memiliki 200 ribu pengikut di akaun YouTube miliknya. Tak fasal-fasal saya dan kekasih bergaduh berbesar kerana dikatakan curang. Erghhh!” – Maggie, 22 “Saya berkenalan dengan seorang jejaka di parti BFF. Kami bertukar nombor telefon dan si dia follow saya di Instagram. Hati mula berbungabunga! Saya menjemputnya ke parti hari jadi adik saya yang diadakan pada hujung minggu tersebut. Tanpa disangka, dia hadir bersama wanita lain dan siap minta tolong saya ambilkan gambar mereka kerana wanita tersebut sukakan dekor parti. Seriously?”

– Carolina, 26 “Sebelum tidur saya perasan salah satu extension rambut terjatuh tapi tak mampu bergerak kerana terlalu mengantuk. Keesokan hari, saya lihat ada rambut pada mulut Bell (kucing peliharaan) dan segera bawanya ke klinik haiwan. Setelah diperiksa, Bell alami cirit-birit kerana tertelan rambut palsu saya. Alamak!” – Ariana, 23

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.