Love Therapy

Kamu ada kemusykilan tentang pasangan dan perhubungan cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Q/ Saya sedang menjalin hubungan dengan jejaka lima tahun lebih muda daripada saya. Kami serius dengan perhubungan ini dan dia mahu melamar saya menjadi isterinya. Masalahnya, keluarga saya tak setuju kerana khuatir si dia tak matang. Apa yang perlu saya lakukan? A/ Perkara ini normal kerana setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Jangan risau, jika keluarga tak setuju dengan pilihan kamu, cuba bincang dengan pasangan untuk berusaha memikat hati ibu bapa kamu supaya mereka yakin dengan keputusan kalian. Jika si dia benar-benar ikhlas menerimamu, pasti dia setuju dengan idea ini. Tak salah untuk bertanya pada keluarga mengapa mereka ragu-ragu dengan pilihan kamu. Pokok pangkalnya, kamu kena yakin dulu dengan pilihan sendiri sebelum yakinkan keluarga. Good luck!

Q/ Saat ini saya sedang menjalinkan hubungan dengan jejaka berstatus duda. Keluarga tak merestui dan kalau boleh mahu saya kahwin dengan teruna. Bekas isterinya pula masih terhegeh menagih cintanya tapi dia mengaku sudah tawar hati dengan bekas isterinya. Dek kerana hal ini, kami sering berselisih faham. Saya buntu tak tahu nak buat apa lagi...

A/ Kerana desakan keluarga dan rintangan daripada pihak si dia, kalian tertekan sehingga tercetusnya perbalahan. Ingat! Masalah tidak boleh diselesaikan dengan pergaduhan, jadi sebaiknya kalian bertenang. Berbincang dalam mood yang bercelaru bukanlah penyelesaian terbaik. Cuba untuk tidak berhubung ketika mood tak stabil dan berbincanglah dari hati ke hati bila jiwa kalian sudah kembali tenang.

Q/ Saya sudah bertunang dengan kekasih sebelum dia berangkat ke Amerika Syarikat atas tawaran kerja. Sebelum itu, kami sering digelar merpati dua sejoli tetapi selepas dua tahun tak berjumpa dan dia pulang ke tanah air untuk membuat persiapan perkahwinan kami baru-baru ini, saya rasa keserasian itu makin hilang. Bagaimana saya mahu teruskan perhubungan ini? A/ Perasaan memang tak boleh menipu. Bila rasa itu mula menebal, jangan paksa diri untuk melangkah ke tahap seterusnya. Cuba ambil masa dan fikir sebaiknya sebelum membuat keputusan. Bila kamu sudah tahu apa yang diinginkan, kongsikan pada pasangan. Lebih baik hadapi masalah ini daripada menipu perasaan sendiri. Jika hubungan ini tak mencapai kata sepakat, Cosmo rasa kamu tahu apa yang patut dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.