Fun Fearless Female Alicia Amin

23, MODEL & PELAKON

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Siapa tidak kenal dengan model dan pelakon yang suatu ketika dulu pernah mencetus kontroversi di media sosial dek kerana gayanya... Merupakan wanita yang penuh inspirasi dan mempunyai karakter yang sangat matang, dia tidak gentar dengan cabaran yang dilemparkan dan sentiasa bersikap positif. A true fighter!

Kamu sering dicemuh netizen kerana berpenampilan seksi. Bagaimana kamu kekal positif? Saya faham semua orang datang dari latar belakang berbeza dan setiap individu mempunyai perspektif tersendiri. Jadi apabila saya lihat komen yang konservatif, saya hanya akan hormati perbezaan tersebut. Pada saya, sikap atau cara saya berpakaian tidak menyakiti sesiapa secara langsung atau tidak langsung. Saya sangat berharap orang ramai belajar menghormati individual choices.

Adakah kamu seorang feminist?

Yes, I am a feminist. Apa yang menyedihkan, ramai orang salah anggap maksud sebenar feminisme. Ia sebenarnya sangatlah mudah! Feminism fights for the equal rights and treatment of men and women. Itu saja. Kami mahukan persekitaran yang selamat untuk kedua lelaki dan wanita di tempat kerja, di rumah mahupun di tempat awam, serta lelaki menghormati wanita sebagaimana mereka menghormati jantina mereka sendiri.

Kamu antara selebriti yang berani bersuara dan memberi pendapat di media sosial. Bagaimana kamu gunakan kuasa media sosial tersebut?

Media sosial adalah medium paling efektif untuk menjual atau mempromosikan sesuatu produk. Bukankah kita seharusnya gunakan medium yang sama untuk lontarkan pendapat, idea dan topik seperti discrimination, tolong-menolong, keadilan dan sebagainya? Secara peribadi, saya takkan rasa puas jika hanya gunakan media sosial untuk mencari rezeki tetapi tidak gunakan kuasa sepenuhnya untuk giving back to the community. Ia perlukan keseimbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.