Health 5 Perkara Perlu Tahu Tentang Sound Bath

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Kesihatan bukan saja penting dari segi luaran tetapi juga dalaman. Kesihatan mental seperti depresi, kebimbangan serta insomnia umpama a tough battle to win. Terapi alternatif seperti yoga dan meditasi boleh membantu seimbangkan subtle body dan chakra membuatkan kamu rasa lebih tenang dan relaks. Kini, gelombang sound bath pula menjadi kegilaan setiap yogis. Oleh Iqa Norhizam

Terapi yang menggabungkan meditasi dan latihan mendengar, sound bath adalah satu bentuk penyembuhan muzikal yang menggunakan alat muzik Himalayan singing bowls, mangkuk kristal, gong, biosonic tuning forks dan shamanic drumming. Kamu hanya perlu berbaring di atas lantai dengan posisi savasana yoga dan biarkan alunan muzik ‘membersihkan’ chakra kamu.

Sound bath menenangkan sistem saraf tubuh dan menyeimbangkan kesemua chakra. Ia juga dikatakan mampu tangani depresi, kebimbangan, insomnia dan untuk memperdalamkan meditasi serta mencetuskan kreativiti. Kini terdapat banyak pusat yoga menawarkan kelas sound bath yang ketuai oleh Kundalini masters. Cosmo pernah mencuba sesi sound bath yoga bersama Jojo Struys, pengacara dan yoga master, and we fell in love with it! Jadi kami kongsikan sedikit tip yang perlu kamu tahu sebelum melakukan terapi ini.

1 Bersikap terbuka untuk pengalaman penuh intimasi Kamu akan berbaring sangat rapat dengan peserta lain sepanjang sesi ini. Body-to-body, face-to-face kinda thing! Selalunya, sound healer (Kundalini master) akan duduk di tengah bulatan dan singing bowls berada di hadapannya. Kamu dan peserta lain akan baring dalam bulatan tersebut dan kepala mendekati singing bowls. Greater vibration healing. Kebiasaannya sound bath akan dilakukan di dalam ruang kecil seperti di yoga studio – sangat intimasi. It can make you feel awkward and vulnerable, dan kamu akan terasa agak sukar untuk relaks. Just breathe into it. Ia sedikit janggal pada awalnya tapi selepas kamu lepaskan keresahan itu, everything flows.

2 Kamu mungkin akan terasa seperti mahu ketawa atau menangis It’s normal! Penyembuhan muzikal berfungsi untuk melepaskan emosi yang terperangkap dalam tubuhmu. Pertama kali mencuba terapi ini, Cosmo menangis. Ia hadir secara spontan dan emosi tersebut dibawa oleh pemikiran separa sedar. Terasa seperti tubuh menyelaraskan segala tenaga serta chakra dan mewujudkan satu ruang baru. Kali kedua melakukan sound bath, Cosmo tidak hentihenti ketawa. You know the feeling, apabila semua orang sedang senyap dan tenang dan tiba-tiba kamu rasa mahu ketawa tanpa sebab? Ia mungkin akan terjadi ketika sesi ini. It’s okay just let it go. Ia adalah cara tubuh caj tenaga dalamanmu.

3 Bersedia untuk jadi lembut dan relaks Menurut buku Yoga of the Subtle Body oleh Tias Little, dia menggunakan anatomi fizikal tubuh sebagai alat untuk menavigasi subtle body kamu. Dalam yoga, kamu sering berusaha keras dengan fizikal tubuh sehingga lupa tentang subtle body dan kehilangan manfaat sebenar daripada amalan yoga tersebut. Dengan sound bath pula, usah dipaksa. Don’t even listen. Baring dengan tenang dan biarkan alunan muzik tersebut melakukan penyembuhannya.

4 Kamu boleh rasa bunyi tersebut di dalam tubuhmu Penah tak kamu hadir ke mana-mana konsert di mana bass terlalu kuat sehingga kamu boleh rasa tubuh bergetar? Ramai yogis percaya frekuensi bunyi tertentu boleh seimbangkan subtle body kamu. Jadi ketika sesi sound bath, letakkan satu tangan di atas jantung dan sebelah lagi di atas perut. Bayangkan getaran meresapi physical and subtle body kamu. Kadangkala merasakan bunyi dengan cara ini boleh membawa kamu ke tahap ketenangan yang mendalam.

5 Kamu mungkin akan tertidur That’s okay. Kamu masih dapat kebaikan sound bath walaupun jika tidur sepanjang sesi tersebut. Jika kamu tidak tidur ketika sound bath, kamu tetap akan dapat tidur yang lena malam itu. Disebabkan itulah ia merupakan terapi paling berkesan untuk penghidap insomnia. Jika kamu menghadapi masalah ini, Cosmo sarankan kamu untuk mencubanya, okey!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.