Opera Cream

Pencuci mulut ini amat mudah dibuat di rumah dan padat dengan coklat gelap, kacang pistasio serta gabungan rasa manis m dan masin.

Cosmopolitan (Malaysia) - - BODY | FOOD -

BAHAN-BAHAN B

2 cawan gula pasir

1 cawan krim

1 sudu besar sirap jagung

1 sudu teh esen vanila

G Garam kosher

1 cawan kacang pistasio tanpa garam (dibuang kulit dan dicincang kasar)

140 gram coklat gelap (dicincang) ½ sudu teh garam laut

CARA PENYEDIAAN

Alas square pan bersaiz lapan inci dengan kertas minyak.

Campurkan gula, krim dan sirap jagung ke dalam saucepan saiz sederhana. Masak menggunakan api perlahan dan kacau sebati sehingga gula cair sepenuhnya (lebih kurang 10 minit). Jika gula mula melekat di tepi kuali, gunakan berus pastri basah dan berus keliling periuk.

Naikkan suhu kepada mediumhigh dan biarkan didih tanpa mengacaunya selama lima minit. Kemudian dengan cepat, pindahkan bahan ke dalam mixer dan pukul dalam kelajuan sederhana selama satu minit. Kemudian naikkan kelajuan dan pukul selama lima ke tujuh minit. Tambah esen vanila dan garam kosher kemudian pukul hingga sebati. Tambah kacang pistasio.

Tuang bahan tadi ke dalam square pan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama kira-kira 30 minit.

Dalam periuk kecil, cairkan coklat gelap sehingga teksturnya lembut. Tuangkan ke atas bahan yang sudah disejukkan sebentar tadi. Kemudian, taburkan sedikit garam laut di atasnya.

Sejukkan sehingga set sekurang-kurangnya 15 minit. Potong dan hidangkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.