Real People, Real Success!

Untukk Cashh&CareerSpecialilCosmo kalikli iini,i tampilkanilk tiga i personaliti dengan definisi tepat ‘real people, real success’. Mereka adalah the movers and shakers dalam industri tersendiri yang berjaya buktikan bahawa minat boleh bertukar menjadi ke

Cosmopolitan (Malaysia) - - COSMO SPECIAL -

Sabrina Zainal, 26, PEMBACA BERITA DAN PRODUSER TV

Bekerja dalam bidang penyiaran bukanlah semata-mata glamor. Ia melibatkan waktu bekerja yang panjang dan pegetahuan yang luas terutama jika dalam aliran berita. Sabrina mengakui bukan mudah untuk berjaya dalam bidang yang mencabar ini sekali gus menjaga penampilan diri agar sentiasa kelihatan menarik dan profesional di depan lensa kamera.

Bagaimana kamu boleh berjinak dalam dunia penyiaran ini?

Actually to be honest, I started quite randomly. Saya terima WhatsAppmessage

mengatakan mereka perlukan English news presenter, walaupun tidak mempunyai pengalaman tapi saya selesa bertutur dalam bahasa Inggeris. Jadi saya hadir ke uji bakat tersebut.

Apa yang membuatkan kamu jatuh cinta dengan kerjaya ini?

Saya adalah graduan jurusan psikologi jadi tak sekali pun terlintas di fikiran untuk jadikan pembaca berita dan produser TV sebagai kerjaya. Saya mula jatuh cinta dengan kerjaya ini bila saya dapati ia seolah memberi inspirasi setiap hari menerusi berita. Sedikit sebanyak saya juga memberi impak kepada orang ramai serta mengubah dunia.

Berdiri di depan kamera bukanlah mudah. Kamu perlu sentiasa tampak yakin, kemas dan profesional. Bagaimana kamu pastikan penampilanmu sentiasa menarik?

Sebelum menjadi pembaca berita, saya tidak peduli perihal penampilan diri mahupun rutin kecantikan. I never wear skincare products before this. Sekarang saya sedar bahawa kamu perlu kelihatan kemas supaya tidak dipandang remeh oleh orang ramai. Tambahan, penjagaan diri bukan saja kerana mahu kelihatan cantik, ia juga melibatkan kebersihan diri.

Jazeman Jaafar, 25, MALAYSIAN INTERNATIONAL RACING DRIVER

Kejayaannya tidak perlu disangkal lagi! Merupakan Formula BMW Champion, British Formula 3 Vice-Champion, Monaco & Pau Grand Prix Winner serta BES GT Vice-Champion, Jazeman benar-benar living in the fast lane! Walaupun masih muda, dia sudahpun berlumba di luar negara dan turut mengharumkan nama Malaysia.

Bagaimana kamu mulakan kerjaya sebagai pelumba?

Saya bermula ketika berusia enam tahun sebagai hobi. Then from a hobby, it became a passion. Saya mula berjinak dalam pertandingan dan memenanginya. Selepas itu saya mencuba nasib dalam Asian Races, kemudian beralih kepada European Races pula. Ketika berusia 15 tahun, saya diambil oleh Petronas untuk tujuh tahun sebagai talent development driver. So for me, it’s a hobby turned into a professional career.

Apakah yang memberi inspirasi kepada kamu?

I love the sport, I love the adrenalin, I love the competitions, I love everything about it! Tapi yang paling penting adalah peluang untuk mewakili Malaysia secara global. Tidak ramai rakyat Malaysia mendapat peluang sebegini dan tahun ini, saya akan berlumba di World’s Endurance Championship. Ia berbeza jika dibandingkan dengan apa yang pernah saya sertai sebelum ini, but I’m going to be the first Malaysian to compete internationally.

Kamu merupakan pelumba antarabangsa dan membawa nama Malaysia di setiap perlumbaan. Adakah tanggapan pertama penting dalam kerjaya kamu?

You are always on the lookout because you are carrying big brands. Kamu ibarat walking billboard untuk diri sendiri. Jadi tanggapan pertama sangatlah penting kerana ia umpama penentu sama ada kamu suka seseorang itu ataupun tidak. Dulu saya seorang yang pemalu dan lebih suka berdiam diri, sekarang saya belajar untuk jadi lebih terbuka.

Puteri ZaharudinVarricchio, 33, PENGASAS @FLEURI.FLOWERS

Orangnya persis bunga, cantik dan memiliki persona yang vibrant. Pengasas @fleuri.flowers ini menukar minatnya terhadap bunga menjadi kerjaya. Jika dahulu menggubah bunga di kediaman ibunya ketika hari raya memberi keseronokan kepadanya, kini dia mendapat kegembiraan dua kali ganda daripada para pelanggannya.

Mengapa kamu memilih florist sebagai kerjaya?

Saya sukakan bunga dan sering menggubahnya. Teman-teman dan keluarga tahu saya memang minat dan pandai menggubah bunga. Jadi satu hari ketika Hari Ibu, saya mula mendapat tempahan gubahan bunga dan sejak itu, I fell in love with this business.

Apakah yang memberi inspirasi kepada kamu?

I love weddings! Ketika bujang, saya suka beli wedding magazines. Saya sering impikan perkahwinan idaman dan perkara paling saya sukakan tentangnya adalah bungabungaan. Dari kecil juga saya memang mempunyai impian untuk miliki kedai bunga dan kafe seperti yang saya jumpa di Eropah. Jadi dengan melihat majlis perkahwinan orang lain serta kedai bunga di Eropah, ia memberi sumber inspirasi kepada saya.

Sebagai usahawan, penampilan amatlah penting. Biasanya apakah yang kamu gayakan ketika bekerja?

Pada siang hari ketika sibuk menggubah bunga, saya selalunya dress down. Saya akan pastikan penampilan saya kemas dan sedikit kasual. Rambut saya perlulah sleek back atau diikat ponytail berserta minimal makeup kerana saya perlu kelihatan presentable di depan pelanggan dan klien. Dan paling penting sekali, I need to smell good. I’m a florist!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.