Relationship Eksperimen Seks

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

AMARAN: Jika kamu sudah cukup selesa dengan kehidupan seks kamu bersama suami dan tidak mahukan sesuatu yang baru, sila selak halaman seterusnya! Tetapi, jika kalian berfikiran terbuka dan mahukan pengalaman yang lebih hangat dan mengujakan, teruskan membaca. Oleh Iqa Norhizam

HUBUNGAN INTIM SEMEMANGNYA AKTIVITI YANG PENUH KENIKMATAN, TAPI JIKA DILAKUKAN ALA KADAR SAJA LAMAKELAMAAN IA AKAN MENJADI SESUATU YANG MEMBOSANKAN. UBAH KEBIASAAN KAMU DAN SUAMI AGAR SEKS BUKAN HANYA SEKADAR RUTIN. EKSPERIMEN SEKS ADALAH KUNCI KEPADA HUBUNGAN SEKSUAL JANGKA PANJANG YANG SENTIASA SEGAR, PENUH KENIKMATAN DAN SALING MEMUASKAN.

All-Over-theHouse Sex

Daerah ‘jajahan’ kamu hanya di tempat tidur dan ruang tamu saja? Apa kata cuba di ruang lain. Ia lebih spontan dan tidak membosankan! Perkara yang spontan kadangkala lebih menyeronokkan dan menghairahkan. Kebiasaannya, pasangan yang terjebak dalam hubungan intim yang sama adalah pasangan yang melakukan hubungan seks pada waktu yang sama, tempat yang sama malah posisi yang sama. Perkara ini akan membuatkan hubungan kamu boleh disangka dan mendatar saja. Boring!

Make-Up Sex

Fakta! Ramai pasangan suami isteri terburu-buru mahu berhubungan intim sebaik saja mereka berbaik selepas bertengkar. Mengapa? Kerana apabila marah, hormon dopamin dilepaskan dan ia meningkatkan adrenalin sekali gus buatkan kamu dan suami menjadi lebih ghairah. Hubungan seks selepas perbalahan boleh menjadi salah satu cara menyeronokkan untuk perbaiki diri. Make-up sex boleh mengubah momentum hubungan intim kamu menjadikannya lebih berahi dengan aksi panas kerana kamu umpama mahu ‘membalas dendam’.

Animalistic Sex

Rasa tergesa-gesa boleh memberi impak positif kepada hubungan seks. Sang suami menjadi agresif tapi usah risau kerana ia bakal menawarkan kenikmatan berganda. Sebagai contoh, suami tidak peduli jika kamu masih berpakaian atau tidak, atau ruang tersebut rapi mahupun berselerak. Apa yang dia mahukan pada saat itu hanyalah kamu!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.