From The Editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Nisa' Nisa’ Halid Editor

Saban tahun Cosmo tak terlepas mengetengahkan edisi wang dan kerjaya. Pada kami, inilah yang menjadi tunjang kegembiraan yang bakal dikecapi dalam kehidupan harian. Bila kamu bebas daripada kesulitan wang dan ada kerjaya diimpikan, kamu lebih menghargai keseronokan dalam kehidupan. Ambil katakata Puteri Zaharudin- Varricchio, salah seorang personaliti pilihan Cosmo kali ini yang berjaya menukar hobinya menjadi kerjaya yang diminatinya sejak kecil; “Saya menyimpan impian untuk miliki kedai bunga dan kafe seperti di Eropah, inilah yang memberi sumber inspirasi kepada saya.” Kenali dua lagi personaliti yang bakal memberi inspirasi berbeza di halaman 58.

Bukan itu saja, ada banyak lagi artikel yang boleh menjana semangat baru seperti di halaman 68 di mana Cosmo sebulat suara berpendapat isu ini perlu diberi kupasan terperinci. Ketahui mengapa millennial burnout terjadi dan cara atasinya agar kamu dapat hindarkan diri daripada terkena tempiasnya. Artikel berkaitan juga boleh kamu dapati dalam ruangan stail dan kecantikan – Bagaimana Untuk Dapatkan Kening ‘Wow’ (halaman 46) dan 7 Days Of Shirting (halaman30) yang kamu boleh gayakan 9-to-5 setiap hari supaya penampilan lebih terjaga sekali gus meningkatkan keyakinan diri.

Apa lagi yang lebih istimewa bulan ini kalau bukan penampilan wanita misteri, Mila Kunis sebagai coverstar! Membaca ceritanya tentang grand dream for herself cukup mengujakan! Katanya, “Saya hanya mahu menjadi seorang yang gembira.” Nah, inilah yang Cosmo maksudkan. Walaupun bunyinya kedengaran lame, namun Cosmo percaya saat usia menginjak dewasa, kegembiraanlah yang bakal memandu kita ke arah kejayaan (halaman 18).

Jika teaser yang saya titipkan di sini mengujakan kamu, edisi bulan depan bakal buat kamu lebih teruja! Nak tahu siapa Editor Jemputan Cosmo dan acara hebat yang bakal kami sediakan untukmu, tunggu bulan depan, okey?

Oh, have you seen our cooler than ever website yet? Jangan lupa tinggalkan komen kepada saya di nisahalid@ bluinc.com.my. Manalah tahu idea kreatif kamu dapat memberi ilham baru untuk kami cantikkan lagi laman web Cosmo di masa akan datang. Thank you in advance, Cosmoholics!

2

1 3

4

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.