Career 6 Tip Belajar Sambil Bekerja

Mungkin kamu sudah lama pasang niat untuk sambung belajar tapi tidak mahu berhenti kerja kerana sedang berada di puncak kerjaya. Jadi pilihan yang ada adalah belajar separuh masa. Memikirkannya saja sudah cukup buat kamu menggigil kerana takut tidak mampu

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

1 Rancang jadual kerja

Kamu pasti tahu tahap kesukaran kerjaya masingmasing. Jika kerjaya kamu berikan cabaran yang sukar, mungkin untuk tambah komitmen baru seperti sambung belajar umpama sesuatu yang mustahil. Tapi jangan sesekali anggap ia satu beban. Anggaplah ia sebagai satu cabang rezeki. Jadi, belajar susun waktu kerja sebaiknya. Jika kerjaya kamu memerlukan lebih perhatian, selesaikan kerja terlebih dahulu barulah disusuli dengan pembelajaran kamu. Prioritize, prioritize, and prioritize!

2 Atur masa sebaiknya

Jika kamu boleh atur masa untuk tidur, makan dan berhibur, jangan jadikan kerja dan belajar sebagai alasan untuk kamu mengelat! Pengorbanan terbesar yang kamu perlu lakukan jika memilih untuk belajar sambil bekerja adalah masa. Susunlah waktu sebaiknya agar hidup kamu terisi dengan perkara paling bermanfaat. Hargai masa yang ada Semua orang ada 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Mungkin kamu sedar bahawa orang lain mempunyai 12 jam untuk diri mereka sendiri manakala kamu pula hanya mempunyai lapan jam sehari untuk diri sendiri. Tapi ia tidak bermakna kamu tidak boleh buat perkara yang sama seperti orang lain. Manfaatkan setiap saat yang kamu miliki. Kurangkan waktu bersosial dan lebihkan masa pada kerjaya dan juga pembelajaranmu.

3 Tentukan waktu terbaik untuk belajar

Lain orang lain caranya. Mengikut kajian, terdapat dua waktu terbaik untuk belajar jika kamu berkerjaya. Pertama, untuk pembelajaran teori, waktu terbaik adalah sebelum subuh hingga jam lapan pagi sebelum waktu bekerja. Jangan salah percaturan masa! Ramai berpendapat waktu pulang dari kerja adalah yang terbaik, salah! Otak kamu sudah penat selepas seharian bekerja di pejabat. Kedua, untuk subjek yang lebih praktikal, waktu terbaik adalah malam minggu. Ambil masa lebih kurang dua jam untuk faham topik-topik yang sudah dipelajari.

4 Seimbangkan aktiviti harian

Kamu tetap boleh lakukan aktiviti lain tapi bergantung pada kapasiti dan kemampuan diri. Tak mampu luangkan masa dua jam? Kurangkan kepada satu jam! Apa yang penting, kamu masih boleh luangkan sedikit masa daripada jadi katak di bawah tempurung, kan? Kamu masih boleh lakukan kesemuanya seperti biasa tapi hadkan pada waktu yang kamu ada agar ia sama adil.

5 Beritahu status belajar kepada orang sekeliling

Memang benar, tidak semua orang perlu tahu keadaan sebenar. Tapi bab belajar sambil bekerja sepenuh masa, tak perlulah berahsia. Salah satu sebab mengapa kamu perlu beritahu adalah supaya mereka faham keadaan kamu yang mungkin sedang kepenatan. Jika di tempat kerja pula, amat penting untuk kamu beritahu majikan serta jabatan sumber manusia.

6 Pilih subjek ikut kemampuan

Ingat! Kamu belajar untuk diri sendiri dan demi masa depan kamu. Jangan tergesa-gesa untuk habiskan pembelajaran sehingga kamu padatkan jadual belajar dengan subjek yang banyak di luar kemampuan diri. Sebagai contoh, jika kamu rasa tidak mampu untuk ambil lima subjek dalam satu semester, sebaliknya ambil tiga subjek saja. Sekurang-kurangnya jika kamu tidak dapat lakukan semester tersebut dengan cemerlang, kamu masih boleh kekalkan CGPA agar tidak ‘tersungkur’.

Jika kamu boleh atur masa untuk tidur, makan dan berhibur, jangan jadikan kerja dan belajar sebagai alasan untuk kamu mengelat!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.