Love Therapy

Kamu ada kemusykilan tentang pasangan dan perhubungan cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Q/ Sebagai isteri, saya terasa hati dengan suami. Minggu lalu saya terbaca di WhatsApp suami yang dia masukkan duit sebanyak RM500 ke dalam akaun bank ibu mertua. Memang setiap bulan dia beri wang kepada ibunya dan saya tak kisah pun. Cuma masalahnya, sepanjang berkahwin dia tak pernah beri saya nafkah. Ya, saya wanita berkerjaya tapi tak bermakna dia boleh abaikan tanggungjawabnya. Malah dia berkira bila nak belanja saya pergi bercuti!

A/ Cuba bertenang, jangan naik angin kerana jika kamu berbincang dengan suami dalam keadaan emosi tak stabil, perkara boleh jadi lebih teruk. Bila keadaan kamu tenang, ajak dia berbincang dan terangkan mengapa kamu adalah keutamaan dalam hidupnya dan ingatkan tanggungjawabnya. Jika dia rasa terbeban dan tersepit di antara ibu dan kamu, bantu dia rancang perbelanjaan harian.

Q/ Saya bercinta dengan bos dan hubungan kami tidak berakhir dengan baik. Bagaimana ya nak pastikan kami sentiasa bersikap profesional bila di tempat kerja? A/ Uh-oh, agak sukar tapi sentiasa tanya diri, apa objektif kamu ke pejabat? Kamu bukan ke tempat kerja untuk menjalin hubungan tapi untuk mencari rezeki dan melaksanakan segala tugas dengan baik. Ketepikan soal hati dan perasaan kerana ia boleh beri impak buruk terhadap prestasi kamu di pejabat. Jika emosi terganggu, ambil cuti sebentar dan kembali ke pejabat dengan semangat baru atau luahkan dengan teman terdekat. Sekurang-kurangnya kurang sikit beban kamu bila sudah luahkan. Jika ternampak si dia keluar dengan wanita lain, jangan sedih dan cepat-cepat ingatkan diri bahawa hubungan kalian sudah berakhir.

Saya sedang menjalin cinta dengan jejaka yang baru dikenali. Rasa sayang semakin menebal namun si dia asyik bercerita tentang bekas kekasihnya, secara tak langsung timbul rasa cemburu dan meluat. Apa perlu saya lakukan? Patut ke saya tinggalkan si dia dengan kenangan lamanya?

A/ Mungkin masa lalunya bersama bekas kekasih meninggalkan banyak kenangan istimewa. Cuba luahkan kepadanya apa yang terbuku di hati kamu. Gunakan ayat dan perkataan yang sopan, jangan sampai si dia berkecil hati pula. Dan paling penting, jangan tunjukkan yang kamu cemburu dan tak boleh kawal emosi! Pasti si dia akan faham selepas kamu beri penjelasan. Tapi jika perkara ini berulang lagi, segera beri amaran supaya dia sedar dia kini sedang menjalin hubungan dengan kamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.