Lust Haves Beauty #Poweredbyplants

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Walaupun hashtag ini digunakan untuk makanan sihat, tetapi ia juga sesuai untuk menggambarkan produk di sini kerana setiap satu memanfaatkan kuasa tumbuhan selain kepakaran untuk menawarkan pilihan terbaik kepada kulit.

L’Erbolario Algadetox Cleansing Exfoliating Face OilGel, RM199. Mikrosfera jojoba wax dengan tindakan pengelupasan membersihkan kotoran serta pencemaran daripada kulit. Ekstrak laminaria algae dan sea lavender melembap dan melindungi. Neal’s Yard Remedies Frankincense Intense Lift Eye Cream, RM439. Selain dikuasakan oleh frankincense yang hebat untuk antipenuaan, krim mata organik ini juga ada revitalise blend khas daripada kafein teh hijau, kunyit dan minyak biji kopi hijau organik untuk mata yang segar, cantik dan muda. Peter Thomas Roth Hungarian Thermal Water Mineral-Rich Atomic Heat Mask, (harga tidak dinyatakan) seperti pelembap awet muda yang turut memanfaatkan sembilan bahan botani dengan air mata air yang kaya mineral. Semuanya dari Hungary! Philosophy Purity Made Simple Moisturizer, RM130. Walaupun ia menggabungkan beberapa jenis minyak daripada biji tumbuhan, pelembap yang kaya vitamin, antioksidan dan minyak semula jadi ini sangat ringan dan cepat meresap. Pixi Skintreats T-Zone PeelOff Mask, RM103. Sesuailah untuk pori-pori yang dah lama tak ‘diservis’, adunan superfood seperti avokado, aloe vera dan teh hijau antaranya membantu membersihkan dan seimbangkan semula kulit.

Sisley Velvet Nourishing Cream with Saffron flowers, RM750. S.O.S untuk kulit kering ini melegakan kulit yang terasa ketat, kemerahan, tidak selesa dan kusam! Siang ia melindungi, malam pula merawat dengan tahap keselesaan yang paling diutamakan. Herbivore Jasmine Green Tea Balancing Toner, RM169. Untuk kulit kombinasi, berminyak dan muda cela, semburkan terus pada wajah adunan antioksidan berkuasa ini. Seolah kamu wash away toksin yang menyesakkan kulit. Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly, RM147 membina semula penghidratan harian yang kukuh agar ia dapat melawan pencemaran harian. Clean Shield Technology™ yang diadun daripada biji bunga matahari, barli dan mentimun menguatkan perintang kulit. Fresh Vitamin Nectar Antioxidant Glow Water, RM116 melindungi kulit daripada persekitaran yang merosakkannya, termasuklah bahang dan peluh dengan adunan sitrus lemon dan oren.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.