Ask Cosmo

Dilema fesyen kamu kini terjawab. Kekalkan gaya fun,fearless dan fabulous!

Cosmopolitan (Malaysia) - - STYLE -

QKerja saya memerlukan saya untuk banyak bergerak jadi pemilihan baju yang selesa menjadi keutamaan. Bagaimana untuk uk saya suntik elemen fesyen pada pakaian pejabat?

A: A Keselesaan tidak bermakna kamu patut abaikan fesyen. Tipnya adalah accessorize! Jika kamu sering gayakan pakaian longgar atau oversized, tambah tali pinggang untuk serlahkan bentuk tubuh, and you can never go wrong with a statement earring!

QSAYA MERUPAKAN AN GRADUAN JURUSAN PROFESIONAL, TAPI FASHION HAS ALWAYS BEEN MY PASSION! BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA TERJUN KE INDUSTRI FESYEN WALAUPUN LATAR BELAKANG SAYA LEBIH KE ARAH BIDANG KORPORAT? A: Anggap ia sebagai kelebihan kamu untuk terjun ke industri fesyen! Kamu boleh bermula dengan internship di majalah fesyen atau jenama/pereka fesyen untuk mendapat idea dan pengalaman tentang dunia fesyen masa kini.

QKebelakangan ini semakin ramai fesyenista menyarung belt beg. Boleh kongsi beberapa cara untuk gayakannya? A: Kamu boleh gayakannya secara klasik di pinggang atau silang di tubuh seperti gaya Bella Hadid untuk tampak lebih santai dan cool!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.