Confessions

PEMBACA COSMO KONGSI PENGAKUAN PALING KELAKAR DAN MEMALUKAN YANG PERNAH DILALUI.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

“Ketika hadir ke majlis rumah terbuka di rumah agam teman lelaki, tanpa sengaja saya tertumpahkan minuman di atas sofa milik ibunya yang bernilai puluhan ribu. Berpuluh kali saya minta maaf dan katakan yang saya tak sengaja tapi hingga habis majlis ibunya masih bermasam muka dan tak bertegur sapa. Mungkin saya sudah tersingkir daripada senarai calon menantunya? Hmm...” – Hanim, 27 “Saya mempunyai teman baik ( lelaki) sewaktu berusia 17 tahun dan kami pernah berjanji untuk berkahwin jika tak jumpa pasangan serasi bila mencecah usia 30. Kemudian kami lost

contact namun barubaru ini kami terserempak dan dia menuntut janji tersebut. Seriously? Tolong!” – Zaza, 30 “Ketika mesyuarat bulanan, saya tak keruan kerana terhidu bau badan sendiri dan mengaku di hadapan rakan sepejabat. Mereka juga sependapat! Keyakinan diri jatuh menjunam. Cepat-cepat saya ke tandas dan lap bawah lengan menggunakan tisu basah dan menyapu

hand sanitizer. Seharian saya terpaksa jauhkan diri daripada teman kerana takut mereka terhidu bau yang tak menyenangkan.” – Izni, 27 “Masih segar dalam ingatan ketika blind date dengan jejaka yang dikenali melalui Tinder, dia mengaku tak suka basuh tangan atau apa saja yang berkaitan dengan tangan. Dalam erti kata lain, dia pengotor! Tanpa fikir panjang, saya minta diri ke tandas dan tak kembali. Selepas insiden tersebut, I don’t fancy blind date anymore!” – Melly, 22

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.