Dari meja editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - EDITORIAL -

Bagaimana caranya untuk miliki susuk lebih langsing atau turunkan berat badan? Inilah soalan yang sering diajukan kepada saya selepas habis sesi ceramah, bengkel mahupun acara yang saya hadiri. Jawapan saya tetap sama, iaitu clean and balance eating secara konsisten berserta rejim senaman yang direka khas untuk jenis dan keadaan tubuh seseorang. Motivasi diperlukan untuk bermula, tapi tabiatlah yang akan membuatkan kamu terus berusaha!

Managing your expectations has a big role to play! Ketahui apakah matlamat kamu dan langkah yang harus diambil serta banyak mana usaha yang diperlukan untuk mencapainya. Senaman memainkan peranan tetapi langkah terpenting dalam mencapai tubuh idaman adalah apa yang kamu makan. Ya, mungkin kamu dah dengarnya beribu kali tapi ia benar. Walaupun ramai yang tahu hakikat ini, masih ramai yang mengamalkan pemakanan tidak sihat. I get it,it’s hard! Yalah, makanan Malaysia memang terkenal dengan keenakannya, tapi ia sebenarnya padat dengan lemak tepu, karbohidrat, kandungan gula dan garam yang tinggi, bahan kimia, dan jumlah nutrisi yang terhad. Sebab itulah saya tampil dengan misi untuk merevolusi makanan Malaysia yang tidak sihat kepada pilihan yang lebih sihat.

Berasaskan hidangan Malaysia dan menggunakan ramuan tempatan, saya telah pun memulakan misi ini dengan my very own delicious healthy Fit Sambal. Juga, edisi ini padat dengan fitspos (fitness inspirations) berserta tip dan trik mereka daripada makanan hinggalah senaman (halaman 58). Saya juga telah menyediakan pelan pemakanan 30 hari di halaman 90 untuk menunjukkan betapa mudahnya kamu boleh mengawal apa yang kamu makan. Not to mention the ever so beautiful Christina Aguilera is cover girl for this month’s issue. You’re definitely in for a treat!

2

4

3

1

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.