Beach Beauty 22 September 2018

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Kamu takkan enjoy percutian di pantai yang kotor, kan? Terima kasih kepada usaha murni mereka sempena International Coastal Clean-Up Day

2018, kita dapat menikmati pantai serta lautan yang lebih bersih dan nyaman.

The Body Shop Malaysia dalam menyertai Ocean Conservancy’s 33rd International Coastal Clean-up telah pun menganjurkan dua aktiviti membersihkan pantai secara serentak di Pantai Pasir Panjang, Port Dickson dan Pantai Teluk Mak Nik, Terengganu disertai oleh 300 sukarelawan. Menurut Datin Mina Foong, Pengarah Urusan The Body Shop Malaysia, usaha itu bukan sekadar membersihkan pantai tetapi juga untuk mengelak sampah-sarap terbang kembali ke laut dan membahayakan hidupan marin. Aktiviti ini dilakukan setiap tahun jadi cuba-cubalah untuk sertai mereka di masa hadapan!

Sementara itu, Ren Clean Skincare bersama media dan KOL turut menyertai 2018 International Coastal Clean-up Day dengan aktiviti membersihkan pantai di Pantai Remis Jeram, Kuala Selangor dengan kerjasama Reef Check Malaysia. Di samping itu Ren bersama Terracycle telah menghasilkan botol plastik 100 peratus kitar semula yang mengandungi 20 peratus plastik kitar semula dari lautan, pantai, sungai, tasik dan tebing-tebing perairan. Jadi bila kamu membeli produk yang menggunakan botol khas ini, kamu turut membantu dalam menyelamatkan persekitaran kita! Ren Atlantic Kelp And Magnesium Anti-Fatigue Body Wash, RM130

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.