IT’S OFFICIALLY BANGS SEASON!

Kami tampilkan gaya fringe yang mudah dan kamu tak menyesal cuba!

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY BUZZ -

Perlu Maintenance

Hakikatnya jika kamu jenis syampu rambut dan terus jalan atau jenis rambut melengkok, bangs mungkin bukan untukmu. Tapi jika kamu sanggup pergi trim beberapa minggu sekali serta menggayakan rambut setiap hari ( bukan jenis mandi, sikat, cabut…) inilah masanya. Ketika kamu nak gunting bangs, pastikan kamu dalam suasana dingin, kamu tak berpeluh kerana cuaca yang panas lembap boleh merosakkan gaya, terutamanya bila dahi kamu berpeluh.

Potong Sendiri

Memang cantik dan menarik sehinggalah ia dah tumbuh panjang dan kamu tak nampak. Senang saja. Sikat rambut lurus dari kening ke kening, kemudian kamu agak-agak banyak mana yang perlu kamu potong dengan memegang rambut dengan jari. Pegang gunting tajam secara menegak (gunting kecil untuk kening pun boleh) dan gunting sedikitsedikit dari hujung sini ke hujung sana.

Ubah Gaya

Jangan sesekali guna krim rambut yang pekat. Ia buat fringe leper dan berminyak. Jika rambutmu lurus, salut rambut yang lembap dengan losen yang melicinkan seperti Sunsilk Smooth and Manageable Leave on Cream, RM6.92 kemudian keringkan dengan gerakan X. Jika kamu nak biarkan rambut kering sendiri, produk antifrizz sangat penting. IGK Good Behaviour Spirulina Protein Smoothing Spray, RM140 akan membantu

fringe tampil sleek tanpa perlu gunakan pengering atau pelurus. Potongan tak selari atau tak sama panjang ini adalah yang paling menarik pada hampir semua orang. Kalau kamu baru pertama kali nak cuba, ini gaya yang bagus.

Wispy Bentuknya lebih lembut dan lebih mudah digayakan bila panjang dan kamu boleh ubah gaya. Tolak tepi

Seeloknya digayakan dengan belah tepi. Pastikan kamu gunting rambut ketika kering untuk elak terlebih atau tersalah potong. Kerinting

Ini membantu bentukan rahang. Gaya 70-an ini membentuk wajahmu dan mudah digayakan. Panjang

Nampak pendek untuk kesan retro edgy. Namun rambut tidak terlalu tebal dan padat, digayakan jarang-jarang dan lebih panjang di sisi. Mikro

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.