REVOLUSI ROUGE

Realisasikan fantasi bibirmu dengan tekstur menawan serta warna gemilang yang bertahan… This is Ultra Rouge.

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY HOT BRAND -

Sekali lagi makmal Dior telah menolak segala batasan untuk mengembangkan lagi konsep gincu. Revolusi yang menggegarkan ini adalah gincu pertama yang memberi kesan seperti dakwat dengan keselesaan ultra. Warna gemilang dengan kemasan semi-matte, sentuhan serta penghidratan menakjubkan untuk pemakaian sehingga 12 jam lamanya.

Apa Lagi Kamu Mahukan Daripada Gincu?

Semuanya! Menurut Peter Philips, Pengarah Kreatif serta Imej untuk Dior Make-up, wanita di zaman ini sudah terbiasa dengan gincu berpigmen tinggi dengan kuasa ketahanan walaupun ia tidak begitu selesa dipakai. Sementara itu ada juga yang mahukan sesuatu yang lebih ringan, seringan dakwat namun impak warnanya serta keselesaan masih perlu diperbaiki. Ultra Rouge menggabungkan kesemua ini dengan menawarkan pengalaman berbeza untuk setiap wanita yang mencintai keajaiban solekan, keselesaan serta keanggunan.

Gabungan Warna Bertahan & Keselesaan

Sejenis polimer telah dikenalpasti yang apabila digabungkan dengan minyak tumbuhan mampu menawarkan keselesaan dan penghidratan mendalam dalam pemakaian sehingga 12 jam. Tiada rasa ketat atau kering pada bibir.

26 Warna Couture

Ultra Rouge telah membuka ruang kepada Peter Philips untuk berkarya seperti seorang pelukis yang diberi palet warna baru. Disebabkan formulanya memberi kesan seperti dakwat, atau lapisan filem yang sangat ringan, 26 warna pekat gemilang telah pun terhasil. Turut diberi nafas segar adalah bekasnya yang dihiasi warna merah menyala! Di antara 26 warna itu, Peter Philips juga turut memperkenalkan empat itshades iaitu Ultra Dior 999, Ultra Star 777, Ultra Love 770 dan Ultra Shock 851. Warna-warna ini juga turut hadir dalam versi Dior Vernis .

Gandingan sempurna kepada Ultra Rouge, 12 warna dakwat bibir Dior Rouge Ink Lip Liner membantu kamu cipta bentuk berdefinisi. Kamu boleh gunakan untuk warnakan seluruh bibir juga dengan dakwat berpigmen tinggi serta kemasan matte.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.