Q&A

Kamu ada kemusykilan tentang pasangan dan perhubungan cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati.

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE& MEN LOVE THERAPY -

Q/Kebelakangan ini saya dan pasangan sering berdepan dengan masalah kewangan. Sesak nafas rasanya bila semua benda pun kena catu. Saya cadangkan pada suami untuk bekerja dan membantunya tapi dia menolak bulat-bulat. Pada pendapatnya, lelaki yang perlu bekerja dan menanggung isteri. Bagaimana untuk jelaskan bahawa saya hanya mahu membantu bukan ambil alih tanggungjawabnya? A/ Tak mudah untuk selesaikan masalah ini kerana belum tentu kalian tahu jalan penyelesaian walaupun tahu punca masalahnya. Hal ini sangat berkait rapat dengan ego si dia sebagai lelaki dan suami. Saranan Cosmo, cari alasan paling kukuh untuk buatkan suami bersetuju dengan keputusanmu. Beritahu niat sebenar yang kamu hanya mahu membantu mengukuhkan ekonomi keluarga dan meningkatkan taraf hidup kalian, bukannya mengambil alih tugasnya.

Q/Sudah dua tahun saya bercinta dengan seorang jejaka namun hingga sekarang belum ada tandatanda dia ingin bawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Yang memeningkan kepala, ibu mahu saya cepatcepat bernikah. Jika saya belum ada calon, ibu mahu mencarinya. Apa perlu saya buat? Saya masih lagi mengharap cintanya. A/ Walaupun kalian sudah dua tahun menjalin cinta, itu bukan kayu pengukur si dia mahu menikahimu. Cuba perhatikan layanannya, adakah kamu hanya diperlukan ketika si dia mahu berseronok atau berparti? Adakah si dia sentiasa ada kala kamu memerlukan? Buat perbandingan, barulah kamu akan temui jawapannya. Setiap ibu bapa pasti mahu lihat kebahagiaan anak mereka. Beri peluang pada ibu kamu, sekurangkurangnya kamu ada pilihan dan boleh menolak jika si dia tak menepati kriteria yang dicari.

Q/Saya kini sedang menjalin hubungan dengan suami orang. Tak dinafikan, hubungan kami bahagia tapi bila si dia ada saja masalah di rumah pasti saya juga terkena tempiasnya. Saya tak berapa pasti untuk teruskan hubungan ini atau tidak. Bantu saya! A/ Cuba tanya diri sendiri, adakah kamu sanggup berkongsi kasih? Bukan saja dengan isterinya tapi juga anak-anaknya. Kemungkinan besar hujung minggu kamu akan sunyi dan kamu sering makan hati dalam semua perkara. Jika hati kamu tak kuat, sebaiknya ucap saja selamat tinggal kepada si dia. Psst, jika si dia boleh cerita aib rumah tangganya pada orang luar, bermakna nasib kamu juga mungkin akan sama seperti isterinya. Fikir baik-baik sebelum buat apa-apa keputusan, okey?

DUA TAHUN SAYA BERCINTA DENGAN SEORANG JEJAKA NAMUN HINGGA SEKARANG BELUM ADA TANDA-TANDA DIA INGIN MEMBAWA HUBUNGAN INI KE FASA SETERUSNYA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.