HANNA SEDDEK,

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE& MEN LOVE THERAPY -

32, JURULATIH DI BABEL.FIT (@F.SDDK)

Her attitude and smoking hot body is enough to make you feel motivated! Hanna mempunyai cerita di sebalik fitness journey yang mampu beri inspirasi kepada kamu semua.

Boleh kongsikan kisah kamu dalam bidang ini?

Pengalaman saya lebih daripada 10 tahun! Dulu saya sedikit berisi dan tidak sihat. Dek kerana keadaan tubuh saya ketika itu, saya mengalami depresi. Jadi saya beralih ke dunia kecergasan untuk menjadi versi diri yang jauh lebih hebat. Setiap kali bersenam, ia berikan saya perasaan yang sangat hebat dan saya juga mula terapkan pemikiran positif kerana kesihatan mental juga sama penting dengan tubuh.

Sebagai fitness coach, adakah penting untuk beginner dapatkan perkhidmatan jurulatih peribadi?

Sebenarnya ia bergantung kepada setiap individu. Bagi saya, tiada salah jika kamu mahu ikut video rutin senaman seperti di YouTube mahupun aplikasi kecergasan lain. Apa yang penting kamu gerakkan tubuh. Tapi bezanya dengan menggunakan perkhidmatan jurulatih peribadi adalah mereka akan mengajar kamu teknik serta form yang betul untuk sesuatu senaman, juga cara menggunakan peralatan di gim. Sebagai contoh, kamu ke tandas untuk membuang air kecil, kamu sudah pun melakukan squats. Tapi bezanya adalah bagaimana kamu mahu lakukan squats that engage your muscles and built your glutes.

Bagaimana pula dengan pemakanan?

Kamu adalah apa yang kamu makan – simple as that. Jika kamu bersenam tapi tidak disiplin perihal pemakanan, then you won’t progress. Kebanyakan orang selalu keliru dengan ratio antara bersenam dan pemakanan. Hakikatnya, untuk capai matlamat kesihatan serta kecergasan tubuh, 70 peratus adalah daripada pemakanan dan 30 peratus daripada senaman. Akan tetapi, bergantung pada jenis senaman serta body goals kamu. Jika kamu mahu bina otot, kamu perlu makan dengan kerap untuk dapatkan tenaga yang sepatutnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.