RAYSHA RIZROSE

22, PELAKON

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK -

Ternyata adik kepada pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose ini bukan sekadar menumpang populariti kakakkakaknya. Raysha Rizrose kini semakin matang dan diburu semua kerana bakatnya yang tersendiri.

Kamu masih muda dan baru dalam dunia lakonan. Bagaimana bidang ini berikan kepuasan kepadamu?

Saya masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan. Saya perlukan masa untuk mencari keselesaan di set penggambaran. Kebelakangan ini, saya baru mula mengerti kepuasan dalam melakonkan watak yang diberi. Bagaimana saya mendalami perasaan dan deliver supaya penonton dapat merasai apa yang saya rasa. Jadi bagi saya, kepuasan berlakon itu dapat dirasai bila kita tahu teknik berlakon dengan betul, bukan sekadar melontar dialog tanpa rasa.

Apakah ‘X-factor’ kamu untuk terus kekal dalam dunia seni?

Bagi saya, semua orang ada ‘X-factor’ tersendiri. Apa yang saya boleh berikan adalah cara saya bawa diri di khalayak ramai, cara saya bahagikan masa untuk kerjaya, keperluan diri dan keluarga, juga impak dalam menangani gosip dan cemuhan terutama di media sosial. Sebagai selebriti muda, mungkin saya boleh katakan saya adalah contoh kepada golongan muda yang sedang mencari-cari apa mereka mahu dalam hidup. Saya tidak pernah terfikir keistimewaan diri. Setiap wanita miliki kelebihan masing-masing jadi tidak perlu bandingkan apa yang kita ada atau tidak.

Impian kamu dalam industri ini?

Saya mahu menjadi anak seni yang betul-betul berkualiti, bukan berkualiti dari segi followers atau peminat saja. Sejujurnya, saya tak pernah setuju dengan konsep menggunakan peminat sebagai kayu pengukur untuk berjaya. Memang benar penerbit memilih pelakon berdasarkan demand dan ada kala kualiti ditolak tepi. Ini kerana mereka mahu drama mereka mendapat rating tinggi. Namun, saya tetap dengan prinsip mahu menjadi anak seni yang berkualiti, bukan sekadar popular semata-mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.