Masking Magic

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Pupur topeng, sesuatu yang amat penting dalam K-beauty, mempunyai pelbagai variasi. Daripada yang berinspirasikan foil ke pupur sulaman, serta mengandungi bahan subur seperti asid hialuronik serta Vitamin C. Percayalah, 15 minit pada wajah adalah sesuatu yang sangat berbaloi! Jangan biarkan terlalu lama daripada yang disarankan kerana ia akan mula menyerap lembapan kulitmu. Untuk membersih secara mendalam, guna pupur berbusa sekali atau dua kali seminggu. Cosmo suka Glamglow Bubblesheet Oxygenating Deep Cleanse Mask, RM39 (sephora.my).

Satu lagi inovasi adalah modeling pack iaitu kepingan yang diperbuat daripada getah. Pakai seperti topeng biasa (ada kalanya kamu kena bancuh sendiri) untuk membantu detoks dan sihatkan kulit. Selalunya ia dalam bentuk serbuk yang berubah pekat bila kamu campur air atau serum dan disapu pada seluruh wajah kemudian tunggu kering, seperti Dr.Jart+ Shake & Shot Rubber Mask, RM41.

PSST! Jika kamu rasa terlalu mencabar untuk lakukan kesemua langkah persiapan kulit, kamu boleh amalkan yang lima ini saja: Precleanse, exfoliate, melembap, SPF dan pakai mask sekalisekala. Kamu pun akan glow tak lama lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.