Seimbangkan Diet Kamu!

Tujuh perkara penting kamu perlu tahu perihal meal plan.

Cosmopolitan (Malaysia) - - BODY FOOD -

1 Jika kamu mulakan hari dengan memakan karbohidrat dan protein, jangan ambil makanan berasakan karbohidrat untuk makan malam.

2 Jika kamu lakukan no carbohydrate breakfast, kamu boleh ambil makanan berkarbohidrat untuk makan malam tapi sekurangkurangnya satu jam sebelum tidur.

3 Hidangan untuk nasi: 100g – 150g setiap hidangan. 1 – 2 hidangan setiap hari.

4 Hidangan untuk protein: 150g – 200g protein setiap hidangan. Lebih kurang 3 hidangan setiap hari.

5 Pengambilan lemak: Tidak kurang daripada 25% daripada jumlah pengambilan kalori.

6 Jumlah kalori untuk wanita setiap hari adalah sekitar 1500kcal – 1600kcal. Sebagai permulaan, kamu boleh ambil 30% protein, 30% lemak dan 40% karbohidrat daripada jumlah kalori. Untuk low carbs diet, pastikan pengambilan lemak tidak kurang daripada 35%.

7 Jika kamu lakukan low carbs diet, waktu terbaik untuk ambil karbohidrat adalah selepas bersenam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.