SWITZERLAND

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIST TRAVEL -

Zurich (2 hari 1 malam)

Bagaikan syurga dunia, bandar ini dikelilingi tasik Zurich! Bandar terbesar di Switzerland ini terkenal dengan seni kontemporari dan destinasi membelibelah. Hasil seni artis tempatan menarik dipaparkan di Kunsthaus dan Muzium Rietberg.

Aktiviti ‘Wajib’ Cuba:

Jelajah Old Town, bandar lama Zurich yang berusia lebih 2,000 tahun.

Berjalan di shopping street yang menawarkan pelbagai jenama Swiss terkenal antaranya jam tangan mewah. Lokasinya cuma di sebelah Zürich Hauptbahnhof (stesen tren).

Penginapan Pilihan Cosmo: The Hotel Ambassador à l’Opéra

Terletak bertentangan dengan Opera House Zurich, ia penginapan sempurna untuk kamu yang ingin menjelajah kota ini. Dekorasi mewah hotel pasti buat kamu kagum dan lokasinya hanya beberapa langkah dari Lake Zurich. Penginapan mewah ini menyokong penggunaan kereta hibrid untuk melindungi alam semula jadi daripada pencemaran. Mereka juga menawarkan kereta sewa BMW i3 untuk kamu menjelajah bandar Zurich. Perkhidmatan panggilan antarabangsa percuma, panduan jelajah bandar dengan tip dan aplikasi seperti Google Maps menjanjikan keseronokan bila kamu gunakan telefon pintar yang disediakan dalam setiap bilik di hotel ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.