Penginapan Pilihan Cosmo:

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIST TRAVEL -

Villa Reale

Ia adalah kediaman bertaraf lima bintang yang terletak di daerah Saint-Pierre di Bordeaux, di Place du Parlement. Kamu boleh pilih salah satu daripada tiga apartment yang direka sebagai suit hotel dalam suasana elegan yang menggabungkan reka bentuk dan semangat kurun ke-18. Cosmo memilih apartment dua bilik, Ile aux Oiseaux yang terletak di antara hotel butik dan rumah tamu. Lengkap dengan pendingin hawa dan wifi, ia boleh menampung sehingga empat orang! Warna bilik yang berkilau dengan sentuhan mutiara, bebek biru dan perak, sutera lembut dan kain baldu serta gabungan warna-warna elegan, suite ini bakal menggodamu tanpa ragu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.