NIKMAT SEKS ‘CURI-CURI’

Cosmopolitan (Malaysia) - - FRONT PAGE -

Mungkin selama ini kamu suka ekspresikan kenikmatan seks dengan suara tapi apabila sudah ada anak, ia seolah terbantut kerana kamu tidak mahu mereka mendengarnya. Lebih teruk apabila kamu tiada masa langsung untuk ‘bersama’ suami kerana penat mengurus hal rumah tangga. Usah risau! Cosmo ada tip untuk kamu ‘curi-curi’ nikmatinya. Oleh Iqa Norhizam

1\ Seks Bukan Sekadar Fizikal

Jika kamu selalu fikir yang kamu tak ada mood apatah lagi tenaga untuk berhubungan intim, kamu sedang menghancurkan kehidupan seks sendiri. Jangan melihatnya sebagai perkara fizikal, anggapnya lebih daripada itu. Ya, kenikmatan fizikal yang kamu dapat memang hebat, tapi apabila kamu penat, keinginan itu akan terkubur. Satu perkara yang ramai tidak sedar adalah kepentingan intimasi. Apabila kamu rasa seks seperti satu rutin, cuba fikirkan yang ia bukan semata-mata untuk lepaskan kepuasan tapi lebih kepada emosi dan untuk rasa lebih rapat dengan suami kamu. Fokus pada perkara itu dan secara semula jadi ia akan get you in the mood.

2/ Anggap Ia Sebagai Stress Reliever

Intimasi bukanlah satusatunya kebaikan yang kamu boleh dapat daripada hubungan intim. Ia juga sebenarnya buatkan kamu relaks dan bantu kamu tidur lebih lena. Jadi apabila kamu penat, seks adalah ‘pil tidur’ paling hebat dan tidak berbahaya! Jadi apabila kamu terjaga jam dua pagi untuk menyusu anak dan selepas itu tidak boleh tidur semula, kejutkan suami secara ‘kreatif’ untuk pusingan kedua. Ia pasti dapat membantu kamu untuk tidur semula.

3\ Gunakan Pelincir

Apabila hormon kamu berkurangan selepas melahirkan anak atau tiada masa yang cukup untuk ‘warm up’, pelincir boleh menjadi jalan pintas untuk merangsang sekali gus merasai kenikmatan bersama. Jangan risau, it’s not cheating to use lube!

4/ Manfaatkan Semua Masa Yang Ada

Salah satu sebab mengapa seks dan parenthood menjadi sukar adalah kerana apabila tiba waktu malam, kamu bukan hanya berdua. Anak kecil asyik terjaga malam dan difficult bedtime routines. Ini menyebabkan seks jam 11 malam menjadi amat mustahil. But there is no reason you can’t have sex at other times of the day! Kebanyakan pasangan rasakan seks pada waktu pagi lebih mudah selepas kehadiran anak. Kamu juga boleh gunakan nap time untuk ‘bersama’ suami. Kamu hanya perlu bersikap open-minded dengan perkara berbeza.

5\ Mandi Bersama

Just being naked together during the day helps you keep that spark! Jadi jika anak kamu belum bangun lagi, masuk ke dalam bilik air dan mandi bersama suamimu. Walaupun jika kamu tidak lakukan seks dan hanya mandi (yeah right!), kamu masih lagi bonding dan berintimasi bersama suami. Soak in the bath with him selepas kamu tidurkan anak adalah the best feeling ever!

6/ Quickie Adalah BFF Kamu

Jika anak kamu masih kecil, quickie pasti menjadi teman baik kamu dan suami! Ia buatkan kamu ketawa, buatkan suami kamu teruja dan berikan kalian kepuasan. So make use of quickies! Jika anak kamu sedang khusyuk menonton TV atau bermain, kalian boleh gunakan waktu ini untuk dapatkan ‘playtime’ yang kamu ingini.

Sudah semestinya hubungan intim membawa kamu ke alam parenthood tapi untuk segelintir pasangan, parenthood bersamaan dengan zero sex life. Itu salah! Bagaimana caranya untuk kekalkan kehidupan seks yang hebat walaupun anak tidak mahu berenggang denganmu walau sesaat? Ikuti enam tip ini untuk jadikannya hot, hot, hot!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.