Confessions

PEMBACA COSMO KONGSI PENGAKUAN PALING KELAKAR DAN MEMALUKAN YANG PERNAH DILALUI.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

“Sebaik keluar, saya perasan banyak mata yang memerhati dengan wajah curious.”

“Ketika berbulan madu di Maldives, saya dan suami menginap di water villa dan ketika snorkeling seorang diri, saya letakkan bikini rona neon sebagai sign itu adalah bilik saya. Dek kerana terlalu letih berenang, tanpa sedar saya ternaik salah bilik. Lebih teruk, saya ternampak pasangan tersebut sedang ‘bersama’ di dalam pool. Oops,

sorry! Tak sengaja.” – Su Ann, 27 “Sewaktu janji temu kedua dengan bekas kekasih, kami bersetuju untuk road trip dan hiking bersama. Ketika dalam perjalanan, saya rasa nak buang air kecil namun malangnya tiada tanda tempat rehat atau stesen minyak terdekat. Kerana terpaksa, bekas kekasih berhenti di bahu jalan dan saya ‘melepas’ di tepi keretanya. Dah tak sempat sangat.”

– Brianna, 23 “Saya baru saja putus cinta dengan kekasih. Teman-teman tak sampai hati melihat saya asyik bersedih jadi mereka set blind date untuk saya. Saya turutkan saja kehendak mereka dan sebaik tiba di restoran, saya curicuri melihat jejaka itu tetapi dia tak sekacak profile picture di Instagram. Dia kemudiannya menegur saya tetapi saya buat-buat tak kenal. Sorry girls, saya belum bersedia lagi!” – Shamira, 30

“Lega rasanya bila sudah lepaskan ‘hajat’ di tandas selepas menahan sakit perut berjam-jam lamanya. Sebaik keluar, saya perasan banyak mata yang memerhati dengan wajah curious. Bila raba-raba bahagian punggung, baru saya tahu rupanya dress saya terselit di celah seluar dalam. Rasa nak jerit sekuat hati kerana tak tahu nak sorok mana muka ni!” – Elina, 26

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.