Hot Brand

Mencari Kesejahteraan Diri

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Dua hari Cosmo mengikuti Guardian Wellness Retreat di tengah-tengah kehijauan Philea Resort & Spa, sempena meraikan ulang tahun Guardian ke- 51 Oktober lalu. Dua hari yang padat namun bermanfaat seolah memberi Cosmo tanggapan baru terhadap farmasi kegemaran ramai ini. Ia bukan saja tempat kamu beli cotton pad atau vitamin tetapi Guardian Pharmacy menawarkan jenama-jenama hebat dari serata dunia yang meningkatkan kesejahteraan kamu secara menyeluruh. Kami diperkenalkan kepada dua jenama yang kini sudah mula dijual di Guardian, Oil Garden dan April Skin.

Certified Organic Dari Australia

Berasal dari Byron Bay ( kampung halaman Chris Hemsworth tu!) dengan lebih 30 tahun pengalaman, Oil Garden antara jenama aromaterapi unggul di Australia yang menawarkan minyak pati terapeutik untuk kegunaan harian. Kini ia turut menawarkan rangkaian penjagaan kulit organik yang memanfaatkan kuasa minyak pati untuk semua jenis kulit. Bebas paraben, sulfat, minyak mineral, silikon dan sebagainya, ia menawarkan produk dengan bahan semula jadi yang bagus untuk kulit, bertekstur mewah dan indah untuk digunakan. Menurut Cik Sheryn Soo, Ketua Bahagian Penjagaan Kulit, Guardian Malaysia, “produk organik dan semula jadi mempunyai permintaan yang sangat tinggi dan Oil Garden boleh didapati secara eksklusif di Guardian. Jadi kami tahu rangkaian produk dari Australia ini akan mendapat perhatian pelanggan-pelanggan yang mahukan produk berkualiti dan efektif.”

Turut hadir pada hari itu adalah Claire Tap, Pengurus Pemasaran Global Oil Garden. Menurutnya, kesemua produk Oil Garden dihasilkan di Australia dengan kualiti dan standard paling tinggi jadi pelanggan dijamin produk yang premium. “Kami bekerja rapat dengan rangkaian bahan mentah untuk jaminan kualiti tanpa kompromi.”

Korea’s Award Winning Beauty

Dari Australia, kita ke Korea pula mengetuk pintu hati Gong Yoo… Ewah! Tiada kena-mengena pelakon itu dengan April Skin yang membawa tema setiap hari kulitmu bagai pada musim bunga. April Skin juga baru diperkenalkan secara eksklusif di Guardian, menawarkan produk penjagaan kulit hinggalah ke solekan yang diperbuat daripada bahan semula jadi. Antara produknya yang paling popular adalah Perfect Magic Snow Cream yang mengandungi 70 peratus susu glasier Himalaya. Khabarnya tekstur produk ini begitu ringan ia sesuai dengan cuaca lembap Malaysia. Terdapat juga rangkaian produk pewarna rambut sementara yang berwarnawarni! Sesi April Skin petang itu sememangnya seperti musim bunga dengan aktiviti membuat flower crown.

Selain dua jenama baru ini, Guardian menyediakan pelbagai aktiviti bersama jenama-jenama terlaris mereka seperti Pantene, Bio-Essence, Nivea, Hada Labo, Silky Girl, Dove serta jenama makanan sihat, Nature’s Heart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.