“Where My Girls At?”

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

CANTIK,MUDADAN BERJAYA; ITULAH CIRI YANGDIMILIKI KESEMUA FUN FEARLESS FEMALE

TAHUN INI. WALAUPUN KEBANYAKANMEREKA MASIHBARUDALAM DUNIA SENI TAPI NAMA SERTAKEJAYAAN MEREKASUDAHBOLEH DIBANGGAKAN. MEREKAADALAH DEFINISI TEPAT UNTUK WOMEN WITH SUBSTANCE KERANA KEKUATANMEREKA BUKAN SAJA TERLETAK PADA RUPA PARAS TAPI AKALYANGTAJAM SERTA KECEKALAN HATI YANGTINGGI.

ALICI A AMIN

23, Model & Pelakon

Siapa tidak kenal dengan model dan pelakon yang suatu ketika dulu pernah mencetus kontroversi di media sosial dek kerana gayanya. Dia merupakan seorang wanita yang penuh inspirasi dan karakternya sangat matang berbanding wanita seusianya. A true fighter, Alicia Amin tidak gentar dengan cabaran yang dilemparkan malah sentiasa kekal positif.

“Yes I am a feminist. Apa yang menyedihkan, ramai orang salah anggap maksud sebenar feminisme. Ia sebenarnya sangatlah mudah! Feminism fights for the equal rights and treatment of men and women. Kami mahukan persekitaran yang selamat untuk kedua lelaki dan wanita di tempat kerja, di rumah mahupun di tempat awam. Lelaki perlu menghormati wanita secara equals.”

PUTERI AISHAH

24, Pelakon

Mempunyai Diploma dalam jurusan Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), dia layak digelar beauty with brain. Ketika awal pembabitannya sebagai pelakon, dia pernah menjadi guru pelatih di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.

“Saya tidak perlukan apa jua bentuk negativiti dalam hidup saya. Fokus saya adalah untuk kekalkan gaya hidup yang sihat dari segi mental, fizikal dan emosi kerana ia akan berikan satu kehidupan yang lebih positif.”

KILAFAIRY

25, Pelakon & Penyanyi Wanita bersusuk hourglass ini bukanlah nama asing dalam industri seni. Kilafairy sudah lali dengan cemuhan netizen yang kebanyakannya berbaur lucah. Wanita yang raut wajahnya persis Angelina Jolie ini percaya bahawa kecantikan lahir dari hati dan minda.

“Confidence and intelligence with a good heart. Saya hanya melihat kecantikan dalaman saja. Jika raut wajah kamu jelita tapi hati kamu tidak bersih, kecantikan itu akan hilang sekelip mata.”

A INUL AISHAH

33, Pelakon

Semakin hari, pelakon ini semakin cantik dan bergaya. Berkulit hitam manis, senyuman menawan dengan sepasang mata yang galak, Ainul kini giat bersenam di gim dan berkongsi rutin senaman menerusi akaun Instagramnya. Dia kini menjadi antara inspirasi wanita untuk berusaha mendapatkan susuk idaman.

“To focus on our goals in career and always be smart. Saling bantu-membantu dan ambil tahu apa yang sedang berlaku dengan dunia sekarang. Berjuang untuk hak asasi manusia (bukan hak asasi wanita saja), animal rights dan cinta serta menghargai alam semula jadi.”

MARISSA HABIB

23, Usahawan Diamonds are girl’s best friend! Puteri tunggal Dato’ Sri Meer Sadik Habib ini bukan saja menjadikan berlian, emas dan permata sebagai ‘permainannya’, tapi cabaran terbesar gadis muda ini adalah meneruskan legasi Habib dan membawa nama gah itu sendiri.

“Jika kamu keliru dan tidak pasti apa yang kamu mahu lakukan dalam hidup, follow your passion as it will lead to your purpose. Jika kamu tidak pasti apakah minat kamu, jangan takut cuba benda baru! Do what you fear most.”

FARAH NABILAH

26, Pelakon Pelakon kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mula menceburi industri seni pada tahun 2011. Walaupun masih dalam kategori ‘pendatang baru’, rezekinya semakin melimpah ruah dan gandingannya bersama Zul Ariffin menerusi drama Titian Cinta berjaya berikan impak besar terhadap kerjayanya.

“Inspirational quote yang saya pegang adalah, ‘Stars can’t shine without darkness.’ Secara kiasannya, kamu perlu tahu bahawa untuk meraih kejayaan, kamu perlu lalui satu perjalanan yang ada turun naiknya. Kegagalan bukanlah sesuatu yang negatif semata-mata.”

ZAMAERA

23, Rapper & R&B Sensation

Unless you’ve been living under a rock,Zamaera is the latest rap sensation to come out of the city. Lagunya seperti Helly Kelly, Wanita dan Still Callin bukan saja mencuri perhatian peminat muzik tempatan malah juga antarabangsa. Digelar Cardi B Malaysia, dia kini sedang sibuk di Los Angeles untuk mengembangkan lagi kerjayanya.

“Saya mahu menjadi suara rakyat. Hip hop bagi saya merupakan salah satu daripada banyak cara untuk mulakan perbualan di dalam golongan orang muda. Perbincangan dengan satu sama lain sangat penting untuk mengubah stereotaip sesebuah komuniti dan menggalakkan perasaan ingin tahu.”

MIA NASIR

27, Pelakon

Pelakon drama Dendam Aurora dan Lara Aishah ini sebenarnya seorang yang berpersonaliti gilagila dan amat mudah untuk ketawa. Mempunyai disiplin kerjaya yang hebat, Mia Nasir buktikan bahawa minat boleh berubah menjadi kerjaya. “My biggest inspiration is J.K Rowling, penulis Harry Potter. Seramai 12 penerbit menolaknya sebelum she got her big break! Ia berikan saya semangat untuk tidak berputus asa. Bayangkan jika dia berputus asa, mungkin sehingga kini Harry Potter tidak wujud.”

32, Pengacara TV & Penyampai Radio

Jika kamu ‘kaki bola’, nama Reem Shahwa tidaklah asing. Merupakan pengacara sukan di Stadium Astro dan penyampai radio MIX.FM, wanita genit ini berjaya mengubah persepsi lelaki perihal wanita dan bola sepak.

“Ramai yang menganggap wanita berwajah cantik hanya sesuai membaca skrip. Selama tujuh tahun menceburi bidang ini, saya berjaya buktikan bahawa wanita juga tahu selok-belok sukan bola sepak, jadi tanggapan mereka selama ini adalah salah.”

JASMINE SURAYA CHIN

28, Pengacara Sukan & Pelakon Gadis kelahiran Sarawak ini bukanlah your typical beauty-withbrain-kinda-girl. Orangnya bukan saja humble malah penuh perasaan hormat terhadap orang lain. Setiap butir yang keluar dari mulutnya mempunyai isi. Dia buktikan bahawa dalam kehidupan ini, kamu akan terus belajar tidak kira setinggi mana tahap intelektual kamu.

“Jika benar kamu seorang ‘bimbo’, be proud of yourself tapi kamu juga perlu bantu diri sendiri dengan lebihkan membaca dan terapkan kesedaran diri yang banyak. Jika kamu bukan seorang ‘bimbo’ tapi orang ramai sangka kamu seperti itu, be proud of it as well! Kamu tidak perlukan orang lain untuk validate harga serta nilai dirimu. You just need to love yourself.”

RAYSHARIZROSE

22, Pelakon

Adik kepada dua pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose ini meraih populariti dek bakatnya tersendiri. Raysha kini semakin matang dalam menjalani kerjayanya sebagai anak seni dan kini, namanya semakin diburu produksi terkenal tanah air.

“Saya mahu menjadi anak seni yang betul-betul berkualiti, bukan dari segi jumlah followers atau peminat saja. Bagi saya, sesiapa saja boleh jadi selebriti dan terkenal tapi tiada gunanya jika tidak mempunyai bakat serta hasil kerja berkualiti. Ia umpama kulit buah yang cantik tapi isinya busuk.”

SANG E E TA KRISHNASAMY

32, Pelakon

Kemunculan sulungnya sebagai pelakon mainstream membuahkan hasil apabila dia membolot anugerah pelakon terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 dan Kuala Lumpur Film Critics’ Awards 2017 serta anugerah pelakon filem wanita terbaik di Anugerah Skrin 2017 menerusi filem Adiwiraku. Tidak takut untuk menyuarakan pendapatnya, Sangeeta menepati definisi woman of substance.

“Saya rasa sistem pelajaran di Malaysia perlukan perhatian. Education is empowerment. Saya ingin gunakan pengaruh serta suara saya sekali gus menjadi sebahagian daripada gerakan yang membawa kepada perubahan ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.