Horoscopes

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Sagittarius 22.11 - 21.12

Terlalu banyak aura positif yang hadir seawal 7 Disember. Pelbagai idea dan projek baru harus kamu selesaikan, untuk portfolio kamu juga. Tuah bakal menyebelahi kamu selepas 20 Disember. Selesaikan semua sebelum malam tahun baru dan raikan bersama teman-teman! TAHUN KAMU: Bangun! Impian bakal bertukar menjadi realiti. Februari membawa mood cinta, manakala April dan Jun adalah waktu terbaik untuk kamu realisasikan bucket list. Bila Julai tiba, kamu bakal peroleh projek besar. Laksanakannya dengan baik!

Capricorn 22.12 - 19.1

Tiada yang lebih setia sebagai ahli pasukan selain kamu. Tapi, tak bermakna kamu kena ikut rentak ketua saja sepanjang masa. Cari identiti sendiri selepas 8 Disember. Selit juga waktu untuk kamu bersendirian dan buat comeback selepas 15 Disember. JEJAKA CAPRICORN: Si dia berehat sebentar daripada kesibukan jadual kerjanya dan bertukar ke mood hibernasi bersama kamu.

taurus 20.4 - 21.5

Kamu sedang menuju ke arah yang lebih baik. Tahniah! Ucapkan selamat tinggal pada tekanan dan perbaiki kemahiran berkomunikasi dengan orang sekeliling dan sertai aktiviti di kawasan rumah. Secara tak langsung, ia boleh kembalikan mood positif kamu. JEJAKA TAURUS: Rasa cinta sedang membuak dalam dirinya dan dia mahu berkongsi dengan kamu, so let it flow both ways.

virgo 23.8 - 22.9

Keseronokan berpihak pada kamu tapi sebelum bercuti panjang, Cosmo nasihatkan kamu selesaikan semua tugas sebelum 26 Disember. Takkanlah kamu mahu orang lain selesaikan tugas kamu pula, kan? JEJAKA VIRGO: Menjelang hujung bulan, semuanya tentang kamu. Biarkan si dia luang masa bersama the boys pada awal bulan Disember.

Aquarius 20.1 - 18.2

Bertungkus-lumus untuk sesuatu kerja? Percayalah, ia berbaloi. Berlayarlah sejauh mana yang kamu mahu dalam bidang disukai. Jangan malu untuk raikan kejayaan selepas 13 Disember, keluarga dan teman pasti bangga dengan pencapaianmu. JEJAKA AQUARIUS: Si dia mahu berkongsi berita gembira bersama kamu. Enjoy!

gemini 22.5 - 20.6

Ramai jejaka tergilakan kamu kerana personalitimu yang bubbly. Jadikan ia sebagai senjata untuk kamu tawan hati jejaka diingini. Bukan itu saja, kamu juga perlu jadi pendengar setia di pejabat kerana bos mempercayai kamu. JEJAKA GEMINI: Si dia tahu siapa yang patut diberikan keutamaan. Jadi sabar, jangan pula kamu cepat melenting okey?

Libra 23.9 - 22.10

Bonus dan kenaikan gaji bakal kamu rasai selepas 29 Disember. Rancang perbelanjaan kamu dengan bijak. Tak salah membeli-belah apa yang kamu inginkan sewaktu jualan murah akhir tahun, tapi berpada-pada ya. JEJAKA LIBRA: Sikap ramahnya buat ramai yang selesa dengan dirinya, but you’ll never believe what he has in store for you.

Pisces 19.02 - 20.3

Waktu terbaik untuk tick semua checklist yang kamu telah senaraikan. Pengetahuan dan pengalaman kamu bakal berkembang selepas 5 Disember. Jangan lupa set matlamat tahun depan selepas segalanya selesai. JEJAKA PISCES: Homeboy is in the zone. Lakukan pelbagai aktiviti bersama sebelum kalian mula sibuk dengan tugas masing-masing.

Cancer

21.6 - 22.7

Teka-teki kamu bakal temui jalan penyelesaian. Jika masih lagi tidak jelas, cuba cari jawapannya dengan teman sepejabat. Kemudian, bolehlah kamu berseronok sebentar selepas segala drama di tempat kerja selesai. JEJAKA CANCER: Biarkan dia bersendirian sebentar kerana kamu bakal mendapat ganjaran bila mood si dia okey.

Scorpio 23.10 - 21.11

Tak larat nak hadapi teman toksik, jadi tiba masanya untuk pilih siapa yang kamu mahu keep in the loop. Cukup-cukuplah berbalah dan tersepit di antara teman. Ambil masa bersendirian atau luang masa dengan keluarga selepas 23 Disember. JEJAKA SCORPIO: The smolder is strong with this boy, but check your jealousy.

Aries 21.3 - 19.4

Kamu bakal dapat habuan besar jika mampu kongsikan idea kreatif dan bernas. Siap sedia emosi dan mental menjelang 17 Disember, kemudian rancang perjalanan kerjaya kamu. Jangan lupa raikan tahun baru dengan keluarga. JEJAKA ARIES: Enjoy the ride with Mr Impulsive, tapi jangan lupa bawa common sense kamu bersama ya.

leo 23.7 - 22.8

Waktu terbaik untuk kamu bersinar! Kamu bakal menjalin hubungan cinta baru, mungkin bekas kekasih pun ingin kembali kepadamu selepas 20 Disember. Selepas 28 Disember, sesuatu yang kamu ingini bakal tiba dan menjadi milik kamu. Kerja keras ke arah apa yang diingini. JEJAKA LEO: Personaliti si dia seperti anti-Grinch – bermakna kamu bakal bercuti dan berpesta pada hujung tahun.

SAGITTARIUS GAL Diana Danielle 22 November 1991 NIcki Minaj 8 Disember 1982

SAGITTARIUS GUY Dafi Ismail 14 Disember 1988 Jake Gyllenhaal 19 Disember 1980

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.