Fro From The Editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Pejam cilik pejam celik, kita sudah sampai ke penghujung tahun 2018. Apa yang sudah kamu capai sepanjang tahun ini? Apa yang boleh kamu banggakan dan apa yang mahu kamu bawa ke tahun hadapan? Moga kejayaan dan perubahan dirimu tahun ini dapat menjana versi diri kamu yang lebih baik untuk tahun yang akan datang.

Hujung tahun agak sinonim dengan parti dan jalanjalan. Tapi seperti biasa, Cosmo mahu tampilkan kelainan dengan melahirkan edisi selebriti untuk bulan ini. Sebagai penutup tirai, Cosmo hiaskan wajah pelakon kesayangan ramai iaitu Siti Saleha atau lebih selesa dengan panggilan Sally sebagai covergirl. Dia berkongsi cerita tentang kehidupannya yang bebas gosip liar dan mengapa dia kekal relevan dalam industri ini. Setelah berkahwin, dia masih mendapat tawaran beraksi di layar perak mahupun daripada jenama produk. Nyatanya dia tidak pernah mengalah dan sentiasa bangkit dari apa jua dugaan yang datang menerpa... That’s how she got everything she wanted (halaman 20).

Paling istimewa buat kamu adalah ruangan Cosmo Special yang mana kali ini kami tampilkan wajah- wajah yang mungkin kamu pernah lihat semasa kecil. Mereka kini sudah dewasa dan punyai kerjaya yang hebat. Bagaimana sebenarnya kehidupan sebagai anak selebriti yang sentiasa menjadi perhatian? Cosmo tanya tiga personaliti pilihan mengenai ibu dan bapa mereka, jawapannya ada di halaman 62.

Jejaka bersuara lantang menjadi penghias The Cosmo Guy untuk edisi Disember 2018 (halaman 50). Siapa pula Fun Fearless Female untuk bulan ini (halaman 73)? Jangan terlepas untuk tatap semua halaman yang padat dengan wajah selebriti kesayanganmu. Manalah tahu terjumpa crush kamu nanti! Sebelum membelek lebih lanjut, selak dulu halaman 12 dan ikuti paparan khas Cosmo tentang kisah trending dan terhangat sepanjang 2018 ini!

P/s: Cosmo cadangkan kamu enjoy 2018 sebelum 2019 menjelma. Time passes, that’s for sure! See you next year! Nisa'

2

4

3

1

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.